19 September 2015 – Salam pembaca alam maya. Pernah tak
korang try mengabungkan satu makanan dengan makanan lain utk mencipta sesuatu rasa yg
lain dari kebiasaan? Adakah korang seorg yg suka makan dan suka mencuba sesuatu
baru? Suka? Hoho. Kita tak sama, sbb aku ni haa tak boleh cuba makanan yg
pelik-pelik. Nanti meroyan sorang-sorang sebab pening. Hehe. Tapi seronok bila tgk org suka cuba something new dan boleh adapt begitu shj.
Ada satu hari tu kan, aku pernah tengok nenek aku
makan kek coklat campur telur rebus. Series! Tapi aku tak tanya la sdp ke tak.
Tgk gaya nenek aku makan mcm sdp je. Apa kata korang cuba. Pastu bgtau aku perasaan korang lepas makan kek coklat plus telur rebus. Nanti bolehlah korang jd testimoni berjaya. Heheh.
Setakat ni, kombinasi makanan yg agak rare
yg pernah aku cuba, pisang goreng cicah sambal kicap. Hewhew. Jgn
gelak tau. Mmg rasa dah hbis rare habis dh ni. Org johor relax je makan sbb makanan dieorg. Aku over excited dpt cuba. Kehkehkeh. Jom intai sikit makanan unik tahap gaban yg lain,
Strawberry + Ikan Masin – Bagi sesiapa yg nak mencuba
strawberry campur ikan masin ni korang boleh dapatkan di "Sweet Treats Boutique
Cafe , Shah Alam". Strawberry sambal pun ade tau. Boleh buat makan dgn nasik.
Belum cuba belum tau. Mana tau lepas ni jadi favourite, boleh beli byk2 buat
travel ke kan. Instagram Sweet Treats
Kek Pisang + Peanut Butter – Utk kek ni pulak, kalau korang rajin boleh je buat sendiri kat rumah sebenarnya. Beli kek pisang, beli
peanut butter. Lepastu tepek-tepek kan dia. Dah boleh makan. Tapi kalau malas, boleh beli dekat "Frost & Flourish Sweet and Treats di Kuala Lumpur". Nama kek ni 'The King". Bukan the king kong tau. heheh. Nak order macam-macam
jenis kek pun boleh. Instagram Frost & Flourish
Kalau korang nak tengok banyak lagi kombinasi makanan rare,
korang boleh lah tgk kat >> SINI . Boleh tambah ilham, boleh tambah idea memasak
utk en. Suami atau keluarga. Tak gitu. Sampai disini shj celoteh tengah malamku. Terima
kasih krn sudi meluangkan masa.
5 comments:
Asal perut boleh tahan, mix and match je janji sedap kan kan... :)
anazarin berbicara tak pelik pun tapi sedap...sebab pernah makan..hehehe
Sebenarnya kalau perut jenis tahan lasak mmg seronok bedal semua. seronokkk :p
mcm pelik tapi xsalah cubakan... hehehe
sedapnya.... terutama kek tu! nyum nyum
Post a Comment