Green Tea

Jenis Kawan Di Universiti Yang Menyakitkan Hati



20 September 2015 – Salam silent readers dan keybord warrior sekalian. Hehe. Setiap tempat baru yg kita pergi mesti kita akan berdepan dgn situasi macam-macam jenis dan ragam org. Tak kira lah tempat kerja baru ke. Pindah taman perumahan baru ke. Sekolah baru ke. Tapi hari ni, aku nak share antara ragam-ragam kawan di zaman universiti.

Memandangkan aku dah 5 tahun berada dialam kampus. 3 tahun masa diploma , 2 tahun degree. Kiranya dah lali jumpa perangai kawan di universiti. Kenapa nak bincang pasal pelajar U? Sebabnya, seorg student tu aku boleh katakan ada antara dieorg ni masih belum matang lagi dan masih belajar utk sesuaikan dgn keadaan sekeliling. Sbb tu tingkahlaku dan sikap asal boleh je. Bagi adik-adk yg baru melangkah ke alam IPT , pilihlah kawan yg betul dan tak buat adik-adik lemah jantung sebab pendam perasaan. Jom tgk sikit jenis kawan di Unversiti,

Cari Bila Perlu
-Ada type kawan tu, dia akan cari kita bila perlu. Contohnya nak tiru assignment ke, nak tumpang gi mana-mana ke kalau kita ada kereta. Bila susah, baru nak cari. Bila tgh bahagia lupa dkt kita yg salu tlg masa dia susah. Bila kita ni takde kepentingan dia buat tak tau je.

Depan Baik Belakang Kutuk
-Haa type yg ni sgt gampit. Bila depan-depan saya awak saya awak. Bagi senyuman semanis kurma. Suci dan murni je tgk. Tapi bila belakang kita, kutuk kita habis-habis. Kalau nk test type kwn mcm ni, cuba kita kwn dgn seseorg tu. Kalau kita tak rapat dgn dia tapi die boleh selamber je kutuk kwn lain. Korang jugak berpotensi akan dikutuk dkt kwn lain pulak.

Kedekut llmu
-Si kedekut ilmu ni pulak, aduhai laa. Nampak sgt tak nak share ilmu yg dia ada dgn org lain. Tau la pandai. Tiap kali tanye, tak tau memanjang. Tapi bila lecturer tanya boleh je jwb. Bila test, betul je jwpn. Siap highest mark lagi. Nak pandai sorang. Nak lecture puji. Sanggup tgk kawan failed. Rasanya kalau ilmu dikongsi takkan habis pun kan.

Muka Jahat Tapi Hati Baik
-Selalunya muka jahat tapi hati baik ni type si kaki bahan. Asyik nak kenakan kita je, asyik nak menyakat, asyik membahan je. Bengang kadang-kadang tu. Tapi percayalah kawan macam ni, nampak je tak berguna, tapi bila mintak tolong dia org pertama yg akan tolong dan tak berkira. Biasanya si kaki bahan ni, apa yg dia ckp dia tak masuk dlm hati pun. Habis habis situ je.

Suka Makan Makanan Orang
-Haa, type yg ni pulak akan lebih ketara bila jd roomate lah kan. Dah lah suka makan, tapi tak nak beli. Suka habiskan makanan org. Bila offer laju je. Makanan kita buat macam makanan dia. Bukan nak berkira. Kita sama-sama belajar. Sama-sama pinjam PTPTN. Sama-sama lapar. Nak ditegur takut kecik hati pulak.

Tak Nak Bayar Duit Minyak
-Type yg ni kalau yg duduk rumah sewa lah kan. Bila ada kawan yg berkereta, kita tumpang. Bayar lah minyak walaupun dia tak mintak. Pergi kls sama-sama. Ada jugak yg dah janji nak sharing minyak, pastu liat nak byr. Buat-buat lupa. Kesian lah dkt kwn yg ada kereta tu. Bukan nya ada duit nak payung minyak sokmo.

Suka Pinjam Barang / Duit
-Tak kesah bab pnjam memnjam brg ni. Tp kalau pnjm smpai 10 thn. Sape tak berbulu. Boleh buat hati kering je guna brg org smpai tak reti nk pulang. Yg part pinjam duit ni pulak, ada jugak lepas pinjam, duit tu cas burn. Cas lesap lah. Walau pun pnjm singggit, dua inggit ke 10 inggit. Kalau dah selalu tak ke jd byk. Kalau byr lambat boleh lah fhm lg, ni mmg tak nak byr. Tak tau lah nk ckp mcm mane kn.


Kat atas tu antara perangai kwn yg menyakitkan hati. Tapi takde lah semua kwn U perangai mcm tu. Segelintir je lah. Ramai jugak yg okay, suka tolong kawan, amik berat pasal kwn lain, selalu bg nasihat dan mengingatkan. Tak kurang jugak ada type yg suka tidur, suka buat hal sendiri, suka berjalan. Banyak sebenarnya, kalau aku senaraikan, muntah nanti korang nak baca. So aku stop lah dulu sampai sini. Kalau nak tau type kawan dekat IPT yg berbagai-bagai lagi, boleh tgk kat >> SINI

7 comments:

ros_reeza said...

Salam perkenalan dari Ros :)
kena pandai pilih kawan.. jangan pilih kawan makan kawan. hihi

Cik Yaya said...

salam..
semua tu jumpe..huhu
nk buat cmne..redho je la ad kwan yg cenggitu...
xperlu nk skt ati sgt dgn dorng..
org yg kurng kash syaanng lol =p

InaYusoff said...

hahah..
semua di atas tuuu...
bukan kawan universiti jeeee..
kawan keje pon ada gituuu gak....

jangan kita pon tersenarai antara yang di atas dah laaa..

mairah mairah said...

balas kunjungan sini =)
moga d temukan dgn yg baik2 sj..huhu..

HeNRieTTa JoSe said...

manusia mmg mcm mcm ragam kan...teringat plak zaman skulah dlu...ada yang kedekut ilmu...semata mata dia nk stay no 1...hehehe...

Nurfaezah Abdullah said...

yg penting kita jgn salah pilih kwn

fae follow sini #969 hehe

Elya Roza said...

been there dear...
kita berkawan je seikhlas hati kita ok :)