Green Tea

Kerap Gosok Gigi Menyebabkan Gigi Nipis



18 September 2015 – Salam. Entri kali ni berkaitan gigi. Memandangkan aku dah mempunyai gigi kekal jd nya aku sgt menitik beratkan soal kesihatan dn kekuatan gigi. Gigi sgt penting utk mengunyah makanan dan juga memberikan senyuman menawan kpd org sekeliling. Haa gitu. Tapi apa yg nak dikongsikan ialah kekerapan mengosok gigi boleh menyebabkan gigi menjadi nipis kemudian menjadi rapuh. 

Aku sbnrnya antara org-org yg sgt suka menggosok gigi. Setiap kali mandi dan setiap kali cuci muka. Adalah dalam 3-4 kali sehari. Siapa tak suka gigi bersih dan putihkan. Tapi aku rasa something kat gigi aku sekarang ni. Sejak dah tua ni kan. Aku rasa gigi cepat ngilu, gusi kerap berdarah dan gigi terasa makin nipis (ini serius). Gigi nipis bukanlah mslh besar bagi aku selagi aku boleh mengunyah seaweed, cumanya kalaulah aku jatuh tersembam kat mana-mana pastu tersagat gigi, tak ke rongak gigi aku ni. Jadi aku tak naklah korang pun jd mcm aku ni. So, aku nak share tips sikit supaya gigi korang tetap tebal dan sihat, hehehe


1. Gosok gigi 2kali sehari shj. Jangan lebih. Gosok pagi dan sebelum tidur diwaktu malam.
2.Gunakan berus gigi yg lembut. Jgn guna yg tebal sebabnya akan menghakis gigi serta menyebabkan gusi berdarah
3. Jgn menggosok gigi terlalu kuat tetapi gosok gigi anda selama 5minit tanpa menggunakan tenaga berlebihan. Gigi bukan macam kasut sekolah tau. Nak sental kuat-kuat.
4.Gunakan juga ubat kumur utk membunuh bakteria dan juga plak yg bergayut dkt celah-celah gigi
5.Gunakan ubat gigi berflorida bkn ubat gigi perasa oren utk lindung gigi dr kaviti 
6.Jgn menggosok gigi selepas makan krn akan mengurangkan kadar PH. Gosoklah selepas 25minit.

Mungkin bagi sesetengah org benda ni agak remeh. Tapi penting utk kita tahu. Biar sihat dan kuat. Apa pun cara anda, terpulang pada cara masing-masing. Saya sekadar mengingatkan. Sambil menyelam kita minum air. Apa kata kita tgk >> Perlindungan Gigi Selama 12jam Tanpa Henti . Diulang, tanpa henti tau selama 12jam. Sedangkan kereta api pun boleh berhenti. Kiranya dia lg powerlah. Hehe. Okaylah, maaf diatas terlebih terkurang ea didalam penulisan ini. Mohon undur diri dulu ea. Selamat malam. :)

2 comments:

syamimi said...

yg penting lepas mkn petai dan durian jgn lupa gosok gigi hehe
singgah balik.. cntik blog awk, nak follow la :)

ana said...

nice sharing..salam perkenalan