Green Tea

Marimo Tumbuhan Peliharaan Dalam Aquarium



29 Ogos 2016 - Salam ditengah malam.. Ada yang masih belum tidur? Hai, lain macam je tumbuhan yang bakal aku share ni.. Yes memang lain dari yang lain.. Pernah tak korang baca tentan tumbuhan marimo ni? Actually tumbuhan ni dh lama juga la dekat Malaysia, cuma korang alert ataupun tak.. Bagi penggemar tumbuhan hiasan aquarium mungkin mereka dh tau.. Aku dapat tau pasal marimo ni pun dekat page sponsored fb.. MOMORIS .. Bagi yg masih belum tau, jom aku nak share sikit apa tu Marimo Ball..


Untuk pengetahuan korang Marimo Ball adalah sejenis tumbuhan kategorikan alga, berbentuk bulat dan hidup dalam air . Marimo boleh hidup sehingga 200 tahun dgn pembesaran yg sgt perlahan hanya 1cm setiap tahun. Habitat asal marimo adalah dari Jepun, Scotland dan Estonia tetapi korang jgn risau sbb marimo juga boleh didapati di Malaysia (bagi yg nak jd kn marimo sbg perliharaan).  Marimo adalah tumbuhan air yg tidak beracun dan boleh ditempatkan bersama ikan hiasan. Permukaan marimo seakan baldu tetapi keras dapat menghalang tumbuhan itu daripada dimakan oleh ikan. Marimo juga dapat mengawal air aquarium supaya sentiasa jernih secara biologi.


Marimo membiak secara bertunas, tunas yg tumbuh  menghasilkan individu marimo yg baru. Penjagaan marimo sgt lah mudah krn marimo hanya perlu  dicuci seminggu sekali dgn cara memerah menggunakan air bersih. Marimo dpt bertahan sehingga 4 minggu dalam keadaan kering dan akan bertukar menjadi coklat dan mati. Untuk merawat marimo, korang hanya perlu meletakkan sedikit garam sbg ubat ke dalam air rendaman marimo dan kemudian diletakkan didalam peti sejuk supaya pemuliharaan dpt dilakukan mengikut suhu asal habitat marimo. 

Sebenarnya , hidupan air ini kian pupus dan pelbagai usaha dilakukan termasuk mempromosikan marimo sbg tumbuhan perliharaan bagi menghalang kepupusan spesis marimo. Marimo boleh didapati dgn harga RM15 - RM60 mengikut saiz dan dekorasi. Bagi yang berminat bolehlah ke page momoris. Buat masa ni, page tu je yg aku tau menjual marimo secara online.. Okay.. Sampai disini shj yaa.. Terima Kasih krn sudi membaca :)

5 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

alamak kena cuci erk...hehehe....bru je plan nk letak dalam kolam ikan, dan xkan dicuci smpai bila bila...jap nk pergi page sana...thanks for the share....

Rahim Aim said...

Menarik... ingatkan MARIMO ni akan mengotorkan air.. rupanya tak ya? Herm... nanti nak carilah... Eh, lupa... Along singgah sini, balas kunjungan dan follow sini juga :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ok. ini first time tau. thanks sharing na

Dkna Abza said...

comelnya tengok dalam air

Radhia Razali said...

Singgah blogwalking. Jemput join GA saya di http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/preloved-hair-serum-giveaway-by.html