Green Tea

Perlu Pakai Blazer Hitam Semasa Presentation VIVA?



14 Julai 2016 - Salam selamat malam sambil menarik nafas lega. Lega la sebab full report dengan cd dah submit kat advisor  semalam tu.. Raya aku tahun ni terasa seksa sebab nak siapkan benda alah tu.. Tapi ok jugak bila viva sebelum raya, takde lah kelam kabut sgt dibuatnya kn.. Macam mana viva?? Soalan ni mmg mengundang.. huhu.. usah ditanya.. Alhamdulillah , masih ok walaupun tak berapa puas hati.. Oufit pulak, apa yg aku pakai masa viva tu?? Actually aku cuma pakai baju kurung yg paling cantik yg aku ade, dan yg paling selesa.. heheh

Perlu tak pakai blazer hitam masa viva?? Jawapannya, bergantung kepada individu.. Kalau suka baju kurung, pakai baju kurung pun takpe, kalau nak nampak kelainan, fresh, formal pakai la blazer hitam.. Masa ni lah first step nak menggayakan blazer hitam tu.. Kalau tak bila lagi.. Sure gaya ala-ala corporate tu mesti menonjol.. :)

Rugi ke tak beli blazer hitam?? Takkan nak pakai masa viva tu sekali je, lepas tu tersadai dalam almari.. Sometime kena fikir jugak, blazer hitam, kita akan guna jugak masa kerja nanti, so dah ada.. Kalau nak pakai masa hangout dgn kawan2.. Boleh ape.. Tengok retis-retis k-pop tu ha.. Style kan dorang gayakan blazer.. Santai santai ditepi pantai.. Aku ni pun kalau ada pitih lebih, grab dah satu.. Tapi guana kan, tunggu kerja la dulu, nak pauu mak, maluuu...

Jauh benor terpesong ape yg aku bebel ni dgn tajuk entri, huhu.. Aku takde lah nak cerita pasal viva sgt, intro je tu.. Fokus ea anak-anak, aku sbnrnya nak bebel pasal "idea nak gayakan blazer hitam didalam almarimu itu" Kalau takde dalam almarimu, beli la satu.. huhu.. Ada juga satu dua gaya yg aku suka tgk org gayakan,


gayakan dengan dress, dress labuh ke tak labuh ke, boleh.. Yang penting colour tu cari yg kontra.. Dari jauh tu org nampak.. "Eh, kak salmah, vouge hari ni" .. Kat situ anda dah move kepada second step utk tak biarkan blazer hitam berhabukk.. heheh


gayakn dengan baju bercorak, ok jugak ape.. Takde lah nmpk plain je kan,. nampak casual.. Nak pergi event-event, dinner dkt tempat class ke tak class ke, still nampak class.. Tahniah, sbb anda dah move ke step ke 3, macam biasa, blazer zaman viva tu tak sempat berhabuk..


gayakan dengan t-shirt, omg.. idea bernas lagi.. satu blazer , macam-macam boleh guna.. Selalunya ada girl suka kombinasikan blazer hitam dgn t-shirt ni nak nmpak ringkas.. tapi aura menarik tu pun nak bagi nampak sekali.. boleh try lepas ni, kebas blazer adik.. **pinjam sehari je dik**


gayakan dengan jeans, ikut lah nak jeans koyak ke tak koyak ke.. jeans colour lusuh ke tak lusuh ke, sometime, ada yg sesuai dgn diri kita, akan nampak versatile.. ala-ala hipster kau jadinya.. Akhirnya.. blazer hitam korang yg dalam almari tu tak dimakan cik ti.. boleh dibasuh, disidai dan guna dgn senang hati..

p/s : selalu jugak aku usha blazer hitam ni, mcm biasa kena simpan pitih dulu.. dah cukup, beli online je senang.. sampai depan rumah terus, kaki pun tak penat nak jalan-jalan masuk kedai sana sini.. Terima kasih lah, akak cun melecun dgn abg hensem sudi mendarat dekat blog saya ni.. :)

1 comment:

Afif Rayyan said...

Semoga cepat kahwin.. ehehe