14 Ogos 2015 –
Salam salam petang. Apa khabar korang? Sihat ke? Memandangkan hari ni ade
internet so apa lagi, menghupdate status la kitaa. Koi baru lepas buat jeruk
mempelam. Setelah penat mengkait mempelam td. Nak resepi, akan dihupdate kemudian..
Hewhew. Apa yg nak distori morikan saat ini adalah berita yg kurang gumbira
bagi rakyat malaysia.. Bukan pasal mempelam okeyy. Takde kena mengena. Apa yg
kurang gumbira nie? Cuba cik adik dan cik abg google tgk nilai matawang Ringgit
Malaysia (myr) skrg ni. Sgt menyedihkan. Semakin jatuh dan jatuh 1usd = 4.08myr
(kadar tukaran matawang terkini). Ringgit kta semakin jatuh RM3.41-RM4.08. Semakin
hari semakin jatuh.
**terkini - 14/8/2015 , 7.03ptg**
Dulu kita
membayar Rm3.41 utk 1 dollar. Sekarang kena bayar Rm4.08 utk 1 dollar. Ringgit
dh depreciate. Ringgit semakin kurang laku di pasaran. Matawang Singapore
dollar terus kukuh , hari ni 1usd = 1.40 singapore dollar. Apakah kejatuhan
Ringgit Malaysia akan terus berlaku? Khairy Jamaluddin juga akui skandal 1MDB
punca Ringgit terus jatuh (political issues). Semakin Ringgit jatuh semakin barang mahal. Kpd
para peniaga yg mengimport barang dr negara luar tu, memang sgt2 terasa. Mahal
semuanya siap pakej kos shipping pun mahal mak aii. Kejatuhan Ringgit Malaysia sebenarnya
menunjukkan ekonomi Malaysia tak stabil dan berada pada tahap membimbangkan,
pelabur asing dah tak yakin dan percaya utk melabur kat negara kita.
Kesimpulannya,
bila Ringgit stabil (ekonomi kukuh - menarik pelabur asing - Ringgit laku di
pasaran – import meningkat ), tapi kelebihan bila Ringgit jatuh (export meningkat
- barangan dr Malaysia laku sbb barang jadi murah bagi orang luar). Even ada
sikit kelebihan disitu tapi kelebihan pada orang luar pulak , kan lagi bagus
kalau kelebihan tu pada rakyat Malaysia tu sendiri. Boleh beli barang dari
negara lain dgn harga yg murah. Ye dakk..
Apa pun yg
berlaku hari ni. Doakan lah utk Malaysia tanah tumpah darah kita ni. Selamat
menyambut bulan kemerdekaan. Jumpa lagi dilain waktu ea. Tata
1 comment:
harap2 ekonomi Malaysia semakin pulih..risau dengan keadaan sekarang
jemput singgah Blog MaisarahSidi.com :)
Post a Comment