Green Tea

Peluang Menjadi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


TELAH TUTUP


19 Ogos 2015 – Salam sepetang rabu yang teduh. Hari ni aku nak war-war kan peluang kerjaya sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Mungkin agak sedikit terlambat tapi masih ada lagi beberapa  tempat pemilihan laskar muda yg belum dijalankan. Bagi mereka yg masih mencari kerja, ini adalah peluang terbaik utk mencuba nasib. Mana tau ada rezeki korang kan. Alhamdulillah.

TLDM ni adalah salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly. TLDM memastikan perairan negara sentiasa selamat dan bebas dari lanun serta penceroboh.

Bagi yang berminat dan ingin berkhidmat utk negara bolehlah klik link dibawah utk mengetahui syarat-syarat kelayakan, sijil dan salinan dokumen yg perlu dibawa semasa temuduga serta tarikh penting untuk sesi temuduga.


1 comment:

Krungkrungx said...

Amboiii smart nyaaaa depaaaa =D