20 Ogos 2015 - Assalamualaikum. Hai. Semakin rajin nampak nya aku mengarang entri sejak akhir-akhr ni, Hehe. Gigih, cekal dan syok sendiri perlu ada utk menyudahkan sesebuah entri. Apa yg nak dikongsikan adalah beberapa petua kecantikan yg dah aku cuba / kwn aku cuba dan aku rasa agak kureng okey utk diamalkan.
1. Masker Pisang Lembutkan Rambut
- Sblm disapu pada rambut, pisang akan dilecek sehingga
hancur kemudian disapukan pada rambut berfungsi utk melembutkan rambut. Tapi,
sisa-sisa pisang yg telah kering akan melekat pada rambut dan susah untuk
dicuci, seperti kelemumur bertepek diatas kepala dan rambut. (Aku ritu amik
masa berjam nak buang sisa sisa dia)
2. Ubat Gigi Hilangkan Jerawat
- Petua menyapu ubat gigi pada jerawat berfungsi untuk
mengecutkan jerawat. Akan tetapi, menyapu ubat gigi akan menyebabkn kesan
jerawat menjadi hitam. Ubat gigi akan meninggalkan kesan hitam yg susah nak hilang (Aku salu
perati kawan aku salu buat masa zaman sekolah dulu)
3. Serbuk Kunyit Menaikkan Seri Wajah
- Air yg yg dicampur serbuk kunyit kemudian disapukan pada
wajah utk menaikkan seri wajah menyebabkan muka sgt berseri kerana muka akan
jadi sekuning kuningnya mcm demam kuning. Campur garam sikit dah boleh goreng
mcm goreng ikan. Hehe ( Bagi yg tak tahan serbuk kunyit jerawat akan naik la ea
sebabnya serbuk ni panas. Ea la, kategori rempah ratus)
4. Yogurt Melembabkan Kulit Badan
-Plain yogurt yg dibeli dikedai bukan sahaja utk dimakan ataupun
sbg bahan buat kek red velvet tapi sbg rahsia lembabkan kulit badan. Bila
yogurt mula kering, akan ada bau masam pada kulit kita. Bagi mereka yg tak suka
bau masam dan rasa melekit, aku suggestkan cuba petua lain (Aku tak rasa rahsia
dah bila org boleh hidu bau masam aku.. tiada lg rahsia lembabkn kulit)
5. Minyak Kelapa
Hitamkan Rambut
- Menyapu rata minyak kelapa pada rambut bertujuan utk
menghitamkaan rambut dan membuat rambut bersinar menjadi pilhan sesetengah
individu. Menyapu minyak kelapa sblm tidur akan menyebbkan minyak meresap pada
bantal serta tilam. Dan bau minyak kelapa yg kuat melekat pada rambut sukar
dihilangkan. (kepala terasa dilautan minyak.. hehe)
Psst : Petua kecantikan diatas aku tak berapa sarankan untuk
mereka yg berjiwa tisu, tahap kesabaran senipis kulit bawang dan mempunyai
tahap kerimasan yg bertingkat-tingkat. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. “
BEAUTY IS PAIN” . Itu sahaja utk pagi ni. Selamat malam.
4 comments:
x pernah try semua ni kecuali yg sapu ubat gigi tu.. mmg betul pon, jerawat hilang, parut permanent, pffttt ~
Morning =)
Aliah haritue ingat nak buat yang pisang tuu naseb baik tak buat lagii hahahha kalau tak mest lama nak buang sisa pisang tuuu hahah .. aliah pakai basuh rambut dengan santan tapi baru je start since cuti . Sedekah iklan ikea untuk dyan =)
1st time baca masker pisang bole lembutkan rambut.. 😊
Hi Dyan,
saya pernah cuba ubat kayu manis...1st time pakai alhamdulillah mujarab, 2nd time pakai waktu tu jerawat belum kecut...tup2 dia meninggalkan "scar" serik plak saya guna.
Tapi sebenarnya silap saya, mungkin kulit saya sesuai bila jerawat dh kecut dan hampir baik, baru boleh sapu ubat tu.
Kawan saya sapu bila-bila suka...ok je muka dia...licin jer.
Just share the story...:)
Post a Comment