Green Tea

Petua kecantikan Yang Tak Patut Dicuba



20 Ogos 2015 - Assalamualaikum. Hai. Semakin rajin nampak nya aku mengarang entri sejak akhir-akhr ni, Hehe. Gigih, cekal dan syok sendiri perlu ada utk menyudahkan sesebuah entri. Apa yg nak dikongsikan adalah beberapa petua kecantikan yg dah aku cuba / kwn aku cuba dan aku rasa agak kureng okey utk diamalkan. 


1. Masker Pisang Lembutkan Rambut
- Sblm disapu pada rambut, pisang akan dilecek sehingga hancur kemudian disapukan pada rambut berfungsi utk melembutkan rambut. Tapi, sisa-sisa pisang yg telah kering akan melekat pada rambut dan susah untuk dicuci, seperti kelemumur bertepek diatas kepala dan rambut. (Aku ritu amik masa berjam nak buang sisa sisa dia)

2. Ubat Gigi Hilangkan Jerawat
- Petua menyapu ubat gigi pada jerawat berfungsi untuk mengecutkan jerawat. Akan tetapi, menyapu ubat gigi akan menyebabkn kesan jerawat menjadi hitam. Ubat gigi akan meninggalkan kesan hitam yg susah nak hilang (Aku salu perati kawan aku salu buat masa zaman sekolah dulu)

3. Serbuk Kunyit Menaikkan Seri Wajah
- Air yg yg dicampur serbuk kunyit kemudian disapukan pada wajah utk menaikkan seri wajah menyebabkan muka sgt berseri kerana muka akan jadi sekuning kuningnya mcm demam kuning. Campur garam sikit dah boleh goreng mcm goreng ikan. Hehe ( Bagi yg tak tahan serbuk kunyit jerawat akan naik la ea sebabnya serbuk ni panas. Ea la, kategori rempah ratus)

4. Yogurt Melembabkan Kulit Badan
-Plain yogurt yg dibeli dikedai bukan sahaja utk dimakan ataupun sbg bahan buat kek red velvet tapi sbg rahsia lembabkan kulit badan. Bila yogurt mula kering, akan ada bau masam pada kulit kita. Bagi mereka yg tak suka bau masam dan rasa melekit, aku suggestkan cuba petua lain (Aku tak rasa rahsia dah bila org boleh hidu bau masam aku.. tiada lg rahsia lembabkn kulit)

5. Minyak Kelapa  Hitamkan Rambut
- Menyapu rata minyak kelapa pada rambut bertujuan utk menghitamkaan rambut dan membuat rambut bersinar menjadi pilhan sesetengah individu. Menyapu minyak kelapa sblm tidur akan menyebbkan minyak meresap pada bantal serta tilam. Dan bau minyak kelapa yg kuat melekat pada rambut sukar dihilangkan. (kepala terasa dilautan minyak.. hehe)

Psst : Petua kecantikan diatas aku tak berapa sarankan untuk mereka yg berjiwa tisu, tahap kesabaran senipis kulit bawang dan mempunyai tahap kerimasan yg bertingkat-tingkat. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. “ BEAUTY IS PAIN” . Itu sahaja utk pagi ni. Selamat malam.

4 comments:

y i e n said...

x pernah try semua ni kecuali yg sapu ubat gigi tu.. mmg betul pon, jerawat hilang, parut permanent, pffttt ~

Krungkrungx said...

Morning =)
Aliah haritue ingat nak buat yang pisang tuu naseb baik tak buat lagii hahahha kalau tak mest lama nak buang sisa pisang tuuu hahah .. aliah pakai basuh rambut dengan santan tapi baru je start since cuti . Sedekah iklan ikea untuk dyan =)

Mummy Julia said...

1st time baca masker pisang bole lembutkan rambut.. 😊

Farah said...

Hi Dyan,

saya pernah cuba ubat kayu manis...1st time pakai alhamdulillah mujarab, 2nd time pakai waktu tu jerawat belum kecut...tup2 dia meninggalkan "scar" serik plak saya guna.

Tapi sebenarnya silap saya, mungkin kulit saya sesuai bila jerawat dh kecut dan hampir baik, baru boleh sapu ubat tu.

Kawan saya sapu bila-bila suka...ok je muka dia...licin jer.

Just share the story...:)