Green Tea

7 Jenis Cinta Menurut Islam


15 Jun 2013 - Salam.. cer bace tajuk entri.. hehe.. hari nie aku nak conteng2 pasal cinta.. yes! sebagai manusia tipu lah kalau kite leh hidup tnpa cinta.. cinta tu fitrah tapi ramai yg leka sbb cinta.. termasuk laa aku nie..**dulu-dulu.. tapi bg aku cinta sblm kawen nie mcm sia-sia.. kalau boleh elakkan laa tapi kalu nak jugak terpulang.. yang penting jage diri tu laa ea.. now aku nie xde sape2 yg special.. hehe.. aku hepi jugak mcm nie tp sometime aku rase sunyi sgt2.. tapi xpe laa.. aku kne biase kan tu.. okeylah.. jom bace bwh nie..

7 JENIS CINTA MENURUT ISLAM

1.CINTA AL-MAWADDAH (PENUH KASIH MEMBARA)

Cinta al-Mawaddah adalah sejenis cinta yang membara dan mekar. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mereka selalu ingin berdua, enggan berpisah dan akan selalu memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli atau ingin menguasai cintanya, sehingga cinta yang lain tidak kelihatan. Kebiasaan cinta seperti ini adalah cinta seorang hamba yang Soleh Kepada Allah SWT atau cinta di antara suami isteri yang baru berkahwin . Sentiasa akrab dan Intim...

2.CINTA AR-RAHMAH (PENGORBANAN)

Cinta ar-Rahmah adalah cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia untuk melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yang dicintanya berbanding diri sendiri. Baginya apa yang penting adalah kebahagiaan kekasih atau orang yang dicintai itu bahagia meskipun dia harus menderita. Dia tahu akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalah kekasihnya...Cinta rahmah juga cinta seorang ibu ketika melahirkan anaknya..

3.CINTA KULFAH (MENDIDIK) 

 Cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada perkara-perkara yang positif meskipun sukar seperti ibu bapa yang menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan biliknya sendiri meskipun ada pembantu. Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari. Jenis cinta Kulfah juga cinta Allah kepada hambanya ketika Dia memberi ujian yang bertujuan mendidik agar hambanya menjadi manusia yang sabar,beriman dan berdikari.

4.CINTA al-MAILU (TIDAK KERUAN)

 Cinta yang bermusim dan tak keruan. Ia berlaku dalam situasi tertentu yang melibatkan pihak kedua dan ketiga. Sifat cinta ini adalah sementara membara, sehingga telah tertimbus seluruh perhatian terhadap perkara-perkara yang lain. Cinta jenis ini di dalam al-Quran disebut dalam konteks orang yang berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada isteri yang muda (an tamilu kulla al mail), lebih cenderung mengabaikan kepada yang lama.

5.CINTA ASY-SYAGHAF (MABUK ASMARA) 

Cinta ini adalah cinta yang sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan (mengasyikkan). Orang yang mengidap cinta jenis Asy-syaghaf tidak ubah seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukannya. 

 6.CINTA RA'FAH (DAYUS)  

Cinta Ra'fah adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih yang dalam
sehingga tidak mampu menegur pekara yang sepatutnya seperti ibu bapa
yang sangat kasih akan anak mereka sehingga
tidak sanggup membangunkannya untuk solat dan membelanya meskipun ternyata anak mereka bersalah. Begitu juga suami yang sangat kasih pada isterinya sehingga sanggup membiarkan isterinya berbuat dosa. Ini adalah cinta dayus.

CINTA SHOBWAH (SYAHWAT) 

Cinta jenis ini ialah cinta syahwat yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak kepada maksiat (jika belum nikah) dan tidak berdaya menolak dan mengelak nafsu walau sedikit pun.


# antara ketujuh-tujuh jenis cinta.. kita berada di nombor berape?? fikir-fikirkan.. sekadar berkongsi.. credit 

2 comments:

Sofinah Lamudin said...

Bagus entry ni.. mohon share ye :)

Shakira Pathi said...

Nice entry :)