Green Tea

Sejambak Bunga Ros Untukku



30 Disember 2012 - Hati byk senang sbb hari ni dapat hadiah dr kawan aku.. wee ... seumur hdp aku first time dpt bunga segar.. tengkiu sgt untuk ayu dan ecah...sampai je bilik..tengok dkt atas meja ada bucket of roses and cadbury...rase mcm ade admire laa pulak..ehehe...comel je..


ok..aqu nak share sikit khasiat bunga ros yang dikenali ratu bunga nie...

khasiat bunga ros

  1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.
        (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
  1. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent)
  2. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(penenang)
  3. Merawat ulser perut
  4. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
  5. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
  6. Merawat jangkitan pada mata.
  7. Meredakan sakit tekak
  8. Merawat infeksi  pundi kencing
  9. Memberi kesan penyejukan  pada badan – merawat demam dan selsema.
  10. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  11. Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
  12. Membantu proses penghadaman
  13. Mengekalkan kesihatan usus
  14. Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
  15. Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti  pesakit osteoarthritis.
  16. Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
  17. Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
  18. Merawat cirit-birit
  19. Menghilangkan keletihan
  20. Menghilangkan sakit kepala dan pening.


Gua Kristal Didalam Tanah



27 Disember 2012 - Untuk pengetahuan yang masih belum tau.. Aku nak bagi tau satt dekat korang pasal info ni.. Confirm menarik.. 304 meter bawah tanah Pergunungan Naica di Mexico ada 1 gua kristal yang sangat unik jauh didalam tanah. komposisi gua tu terdiri drpd batuan-batuan kristal gergasi dan juga dikenali sbg pasak bumi... mat salleh pnggil Ice palace...tp tak sejuk pun..suhu di bawah tanah adalah sgt tinggi sehinggakan mencecah 48 darjah celcius...panas gila, basah ketii.. Di gua kristal tu bukan tempat nak mengedik tau, kalau siapa-siapa yg tiada persiapan untuk turun ke dalam gua kristal ni boleh meninggal dalam masa 30 minit shj.. huih... risiko sgt tinggi, setiap mereka mereka yg nak turun ke gua tu wajib memakai cooling suit seberat 25kg dan tong oksigen. Bayangkan, memikul tong oksigen dan mengheret cooling suit 25kg dan perjalanan utk turun ke bawah memakan masa 20 minit.. Tak ke kerja gila tu kan.. Tapi kalau takde depa ni, kita pun tak tau pasak bumi tu apa.. kan..


kristal kat situ bukan calang-calang kristal, berat dia pun lingkungan 55tan dan pnjg dia pulak 36kaki...nampak cantik, tapi kena hati-hati sebab tekstur dia kasar dan tajam..

Simbol UFO Misteri



27 Disember 2012 - Aku nak share sikit berkenaan dgn simbol UFO yg terjadi kat luar negara.. biasanya simbol UFO ni cuma ada kat kawasan ladang gandum, barli dan jagung.. mungkin ada sesetengah org percaya kewujudan mkluk asing dan  ada juga yg tak.. simbol2 ni agak aneh sebab terjadi hanya 1 malam... selalunya kesan tinggalan UFO ni tertumpu kat ladang yang mempunyai keluasan 40 000 ekar atau lebih...bayangkan betapa besarnya.. tak mungkin manusia mampu nak buat simbol tu dalam masa hanya 1 malam.. dan yg peliknya lagi, kesan- kesan simbol tu, bila tuan punya ladang cuba tanam, pokok tak akan hidup dah.. tanah tu jadi tak subur..

Pandangan dari atas

sunfish shape

star shape

jellyfish shape

terlalu kreatif... aku rase mungkin UFO tu mendarat kejap kat bumi...lepas tu kesan lampu kapal UFO tu yg buatkan ladang-ladang ni bercorak geometri.. hbtw kita pun tak tau planet lain ader sape yg tinggal kn..sbb ada mat salleh buat kajian nampk ada kehidupan kat planet lain.. diaorang trace guna satelit..

geometri shape

Minggu Destini Siswa



24 November 2012 -  Alhamdulillah, minggu orientasi telah pun berjalan dgn lancar,.. first tugas aku jadi OC ni aku kenalah jaga kaunter pertanyaan.. sedeyy.. tak ramai pun nk tanya dekat aku.. lagipun second intake cume 300 lbh student je.. tak ramai pn.. kalau first intake, cirit laa, beribu yg daftar, so tak berape pnt sgt laa..


kasi tabik sikit..kami ni adalah team biro kecemasan.. tugas kami org ala-ala nurse, bagi ubat kat budak sakit samaada sakit betul-betul ataupun sakit mengada ngada.. agak letih jugak nk lyn kerenah adik baru ni.. sbb dia org degil..haiya


ce tengok background blkng.. 300 lbh pelajar lah tu.. kalau jual sorang Rm10, mau tak kaye aku.. tapi aku kan OC yang baik.. hehe..time ni hari last MDS..so nyanyi-nyanyi laa skitt lagu versi perpisahan kn.. bagi suasana sayu sikit


sblm post mortem, kami bergamba laa antara OC buat kenangan memandangkan hari last jadi pembimbing.. tujuan aku jadi OC ni cuma nak cari pengalaman mcm mana kita teamwork dlm organize sesuatu event. huhu

D'embassy Serviced Residence Suite



3 Disember 2012 - Aku terpilih utk menjadi OC/fesilitator utk minggu destini siswa... jadi sebelum kita diberi tugasan tu, kita kenalah attend bengkel yg uitm dah tetapkan.. Sebelum ni biasanya   bengkel untuk OC dekat uitm je..tapi time aku join nak jadi OC, bengkel dia bertukar angin pulak, uitm taja bengkel kat hotel d'embassy kuantan... mungkin langkah kanan bagi aku lah kan.. bengkel ni berlangsung selama 3 hari 2 malam


aku first time sebenarnya dapat mandi swimming pool dekat hotel.. excited sikit laa.. abaikan excited aku tu ok.. OC perempuan lain malu nak mandi.. tapi kami bertiga duk tenung swimming pool tu.. kalau malu tak dapat.. jadinya buat muka tak malu.. jom kita masuk kolam.. huhu


sweet memory sgt sebabnya kita berbengkel sambil bercuti.. tak ke best tu.. seronok seronok jugak, tapi kena igt, tanggungjawab jadi OC bakal digalas.. ok lah.. bye