18 September 2015 – Salam. Entri kali ni berkaitan gigi.
Memandangkan aku dah mempunyai gigi kekal jd nya aku sgt menitik beratkan soal kesihatan
dn kekuatan gigi. Gigi sgt penting utk mengunyah makanan dan juga memberikan
senyuman menawan kpd org sekeliling. Haa gitu. Tapi apa yg nak dikongsikan ialah
kekerapan mengosok gigi boleh menyebabkan gigi menjadi nipis kemudian menjadi
rapuh.
Aku sbnrnya antara org-org yg sgt suka menggosok gigi. Setiap kali mandi
dan setiap kali cuci muka. Adalah dalam 3-4 kali sehari. Siapa tak suka gigi
bersih dan putihkan. Tapi aku rasa something kat gigi aku sekarang ni. Sejak
dah tua ni kan. Aku rasa gigi cepat ngilu, gusi kerap berdarah dan gigi terasa makin
nipis (ini serius). Gigi nipis bukanlah mslh besar bagi aku selagi aku boleh mengunyah seaweed, cumanya
kalaulah aku jatuh tersembam kat mana-mana pastu tersagat gigi, tak ke rongak gigi
aku ni. Jadi aku tak naklah korang pun jd mcm aku ni. So, aku nak share tips sikit supaya gigi korang tetap tebal dan
sihat, hehehe
1. Gosok gigi 2kali sehari shj. Jangan lebih. Gosok
pagi dan sebelum tidur diwaktu malam.
2.Gunakan berus gigi yg lembut. Jgn guna yg tebal
sebabnya akan menghakis gigi serta menyebabkan gusi berdarah
3. Jgn menggosok gigi terlalu kuat tetapi gosok
gigi anda selama 5minit tanpa menggunakan tenaga berlebihan. Gigi bukan macam
kasut sekolah tau. Nak sental kuat-kuat.
4.Gunakan juga ubat kumur utk membunuh bakteria
dan juga plak yg bergayut dkt celah-celah gigi
5.Gunakan ubat gigi berflorida bkn ubat gigi
perasa oren utk lindung gigi dr kaviti
6.Jgn menggosok gigi selepas makan krn akan
mengurangkan kadar PH. Gosoklah selepas 25minit.
Mungkin bagi sesetengah org benda ni agak remeh. Tapi
penting utk kita tahu. Biar sihat dan kuat. Apa pun cara anda, terpulang pada cara masing-masing. Saya sekadar mengingatkan. Sambil menyelam kita minum air. Apa kata kita tgk >> Perlindungan Gigi Selama 12jam Tanpa Henti . Diulang, tanpa henti tau selama 12jam. Sedangkan kereta api pun boleh berhenti. Kiranya dia lg powerlah. Hehe. Okaylah, maaf diatas terlebih terkurang ea didalam penulisan ini. Mohon undur diri dulu ea. Selamat malam. :)
2 comments:
yg penting lepas mkn petai dan durian jgn lupa gosok gigi hehe
singgah balik.. cntik blog awk, nak follow la :)
nice sharing..salam perkenalan
Post a Comment