31 Ogos 2015 – Salam. Entri kali ni berunsurkan alam mistik
pulak. Mungkin ada sesetengah masyarakat tak percaya kewujudan alam ghaib tapi
sebenarnya alam ghaib tu ada tapi kita je tak nampak. Ilmu pelaris adalah ilmu
hitam yg digunakan utk menarik pelanggan utk datang ke kedai. Yang aku tau, mana-mana kedai yg guna ilmu pelaris, akan ada satu
makhluk duduk diatas kedai tu sambil memanggil manggil orang supaya datang.
Utk mengetahui kedai yg guna ilmu pelaris ni,
1.Berseri-seri
Selalunya seri kedai akan kekuning kuningan sedikit atau auranya lebih menonjol dari kedai lain. Kedai lain yg dekat dgn di akan nampak kusam
dan kadang-kadang kita tak perasan pun ada kedai yg berhampiran.
2. Teringat ingat
Kedai yg pakai pelaris ni kalau kita dah sekali makan atau
beli brg kat situ kita akan teringat ingat. Selalunya kedai makan. Walaupun masakan
biasa-biasa je tapi menusuk sampai lapisan ke tujuh gitu. Kalau makanan mmg
sedap harus lah kita ingatkn. Ni masakan nya pun biasa je, tapi teringatnya tu
lain mcm je.
3. Tak dpt kawal perasaan nak pergi lagi
Kita kalau gi dekat kwsn kedai tu mesti akan makan kat situ
lagi. Kalau tak mesti ada rs perasaan something kat dlm hati. Tak nak tu gi
cuba kedai lain, rasa tak de rasa nak pergi. Mesti nak kedai tu walaupun kedai tu takde yg
special pun.
4. Pekerja atau pemilik org melayu, thailand atau indonesia
Selalunya org melayu atau thailand atau indonesia suka
menggunakan ilmu pelaris. Sebab nak ramai pelanggan dan juga cepat terkenal. Ea
lah , lagi pun kemudahan dekat kedai dieorg pn tak de grand mana nak compete
dgn restaurant besar . So guna lah cara mistik mcm tu sbg daya penarik.
Rata-rata warung atau kedai makan akan guna ilmu pelaris sbg
jalan singkat utk cepat buat duit. Tapi takdelah semua kedai macam tu. Ada
jugak hasil titik peluh sendiri dan meniaga bertahun tahun. Terpulang pada
individu utk guna cara yg elok atau cara yg kotor utk dpt kn rezeki tu. Cuma
sblm masuk kedai mana-mana elok lah membaca ayat kursi 3 kali dan hembus dekat
kedai tu. Kalau rasa lain mcm dan rasa ada angin laju tiba tiba tiup kita, putuskan je niat nak makan kat situ. Cari kedai lain. Itu lebih baik. Sampai disini shj cerita aku. Jumpa lagi nanti. :)
No comments:
Post a Comment