Green Tea

Proton Satria Felt


15 April 2015 - Hai, hai.. update lagi.. memandangkan aku buat internet maxis 3 hengget tengah malam.. 2gb yg berlebih-lebih ni... apa lagi, hidup terasa bahagia bebenor bila dapat bukak blog.. laju je loading.. kalau tak, bersawang lah blog ni haa.. Jom berbalik kpd tajuk kita, iaitu proton satria felt..  aku nak lah share sikit seni felt yg baru sahaja aku gunting tampal hari tu.. pelik ke bunyinya? hehe.. yes.. gunting dan tampal.. takde jahit jahit.. cuma no plat je jahit.. ini namanya malas tapi nak buat.. ^__^..  sebenarnya idea ni aku dapat dari kereta sebenar.. macam kat atas tu.. nak bagi hadiah special buat seseorg.. so kita tiru kereta dia.. hehe


mula-mula main lukis lukis dulu.. pastu baru lah mulakan operasi gunting.. **thanks to ayu sbb bagi pinjam gunting** hehe.. bila dah siap stereng,lampu,body, yg penting (no plat dijahit).. amik gam uhu, tampal sepenuh hati tapi berhati hati.. bila dah cantum-cantum, keringkan gam dulu.. lepas tu boleh lah, snap gambar.. ea lah, seni felt ni cuma ada satu je kat dunia tau.. lagi lagi bila kita yg buat.. tak kesah lah senget ke hasil tgn kita tu.. kena bangga tau.. dan bila aku dah berpeluh-peluh mengerjakan kain felt ni, ini lah hasilnya......


takde lah sebijik macam kereta sebenar, tapi ade sipi sipi tu okay lah kan.. yg penting, no plat same.. hehe.. kepada sesape nak cuba, boleh je tiru.. nanti share hasilnya tau.. selamat mencuba jaya.. 

No comments: