10 Feb 2015 -
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang
bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara.
Maka salah
seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi
diperintahkan yang berbunyi “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada
waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :
Pertama : Apa yang engkau lihat (hadapi) maka
makanlah.
Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan
Engkau putuskan harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya
Pada keesokan
harinya Nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang
pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu
kebingungan sambil berkata “ aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi
sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi
itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit
itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun
mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis
bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian nabi
itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang
dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk
emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka
berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan perintahMu”. Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari
oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia
sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar
burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , “ Wahai Nabi
Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun
mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu,
lantas burung helang datang menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah,
aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu
janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan
pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan.
Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat
keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan
diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang
dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian
itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu
bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana
tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima
peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa.
Dalam doanya dia berkata,
“Ya Allah aku
telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku,
maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi
beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang pertama
engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit
tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat
mengawal iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada
madu.
Kedua, semua
amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.
Ketiga, jika
sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat, jika
orang meminta kepadamu, maka usahakanlah
untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima, bau yang
busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari
orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Haruslah kita
ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita
sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa:
Diakhirat nanti
ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu
berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T,
“ ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”
" Dengan
ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar,
tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri . Oleh itu, janganlah
kita mengata hal keburukan orang
walaupun ia benar".
2 comments:
i'm tryingg. good sharing :)
perkongsian yang bermanfaat.. blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging
Post a Comment