Green Tea

Testing buat kuih keria



26 Jan 2014 - Sempena cuti semester ni.. Semangat nak memasak tu berkobar- kobar.. Tak tau kenapa.. tapi biasalah nak memasak ni ada angin kan ( bg org bujang lah ) .. Kalau rajin, semangat kental, hari2 nak buat sepah dapur.. Masak tu masak ni.. Aku ni bkn reti sgt msak, tp niat nak cuba tu ada laa kan.. hehe.. Resepi ni mak aku ajarkan. Tapi buat kuih keria ni leceh sikit, aku pun tak tau kenapa.. Masa buat td rasa give up, menyampah pun ada, Tp cuba jugak habiskan.

Resepi kuih keria

5 biji ubi keledek oren (sederhana kecil) 
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak masak

1 cawan gula
1 cawan air


Cara penyediaan

1. Buang kulit dan potong ubi keledek pd 3 bahagian (sng empuk). Rebuskan bersama sedikit garam

2. Buang air rebusan dan lenyek-lenyek ubi keledek yg dh direbus sehingga tak berketul. Masukkan (sedikit demi sedikit) tepung gandum, tepung pulut dan air kedalam ubi keledek yg dh di lenyek tadi. Uli sebati sehingga tak melekat kat tgn. Sapu sedikit minyak pada doh yg telah siap.

3. Sapukan sedikit minyak juga pada dulang supaya tidak melekat ( mcm kat atas )

4. Bulatkan doh dan buat lubang ditengah. Goreng sampai agak kekuningan keemasan 

5. Masak 1 cawan air dan 1 cawan gula ( sampai gula hancur ). Tutup api. Bila agak air gula nak sejuk, masukkan kuih keria dan gaul sampai gula melekat pada kuih

6. Tangkap gambar dan sedia dihidang :))

Aku menggunakan ubi keledek oren so ubi keledek ni sgt lembik,.. Resepi kat atas utk ubi keledek oren. Aku dpt buat 26 biji kuih keria utk sukatan kat atas.. Maaf utk penerangan tunggang tebalik.. Selamat mencuba.. Bubye :))

4 comments:

Nur Inani said...

tadi makan jugak tapi yang beli. haaha. hari tu saya buat tapi tak jadi nak buat gula gula tu macam yang awak buat ni. sobsssss :(
jemput join segmen saya :D

CintaHati Lina said...

Mommy suka makan kuih ni..sedapnye... ni dah ada resepi blh la buat sendiri...thanks dik resepi ni.. mommylina berkunjung sini lagi

Saljiah Zafirah said...

kuih kegemaran ni..hihi
rajinnye masak.bagus2
jemput dtg blog sy =)

Muhammad Shahril said...

kuih keria . sedap sedap