Green Tea

First time buat Apam




Salam 24 Jan 2014 - **comel tak kuih apam aku?** hehe.. Hari ni kerajinan nak mencuba buat kuih apam tepung beras membuak-buak.. Walaupun first try aku sgt puas hati.. hehe.. sebab lembut.. Boleh jugak dimakan utk minum ptg.. Resepi adalah dari internet dan diolah sedikit mengikut pembacaan aku.. Lagipun resepi buat apam mudah, sedap, senang disediakan sbb kuih apam ni antara kuih tradisional yg ringkas. Meh nak share resepinya bg sesape yg nak cuba. 

Resepi kuih apam tepung beras :

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil yis

Bahan B :
2 cawan nasi
1 1/2 gula pasir
2  cawan air


 Cara penyediaan :

1. Campurkan Bahan A dlm satu bekas dan gaul rata
2. Blend Bahan B (Blend nasi sedikit demi sedikit)
3. Campurkan cecair Bahan B dalam Bahan A dan kacau sebati (tambah air lagi 3 cawan)
**pastikan jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat
4. Perap selama 1 jam 30 minit
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dgn kain
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil
7. Campurkan pewarna ikut citarasa
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus sehingga 20 minit
9. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam


Tips :

i) Campuran yis terlalu byk akan buatkan apam berbau masam
ii) Pastikan pengukus betul betul pns barulah mulakan operasi mengukus
iii) Cucuk apam dgn lidi, jika tak melekat apam tu dah betul betul masak
iv) Balut penutup pengukus utk elakkan permukaan apam mengerutu
iv) Pasang api sederhana sahaja utk mengelakkan permukaan merekah
**Kalau suka yg merekah rekah bolehlah pasang api besar
**Apam susu cantik kalau mekar tapi apam biasa ni lawa tak mekar ( pendapat dan kata hati aku )

Apepun selamat mencuba kepada sesiapa yg nk mencuba lah ea.. :))

3 comments:

Unknown said...

Besttt nyeee,,, pestime buat menjadi,. Laparrr la malam2 gini nampak si gebus tu...

amirnawawi said...

Pernah gak buat dulu tapi tak kembang! Tak cukup yis ke ape entah..

Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

http://bit.ly/ambankamir

Inani Hazwani said...

kalau kita pestime buat kuih pastu jadi memang rasa nak lompat sampai ke bintang. muahahah :D