Green Tea

Kebaikan makan seaweed



12 Mac 2013- Seaweed merupakan makanan wajib bagi org jepun dan korea..Tapi tu dulu,sekarang byk negara dh import seaweed sebagai makanan seperti snek ataupun sushi ... Bagi yg tak pernah cuba..aku rase better korang cuba... Seriously tak menyesal.. Nak rasa nikmat hidup tak? Haa cuba makan seaweed ni ok..  pernah dengar tak korang dengar produk brand Tao Kae noi?? Untuk yg baru nak cuba tu try makan seaweed, aku suggest mkn yg crispy seaweed dan set dekat dlm mind----> seaweed sedap...

Kebaikan makan seaweed adalah:

1.Sumber Nutrien
Kebanyakan seaweed tinggi amino asid dan sumber protein sayur-sayuran yang baik bagi kelompok vegetarian.Seaweed mengandungi vitamin A,vitamin B-12,kalium,zat besi,kalsium,iodin,magnesium.

2.Kawalan Berat Badan
Setiap hidangan seaweed cume 5 hingga 20 kalori dan mengandungi hampir tak de lemak..Dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel badan.

3.Menggantikan Garam
Seaweed nie penambah rasa yg boleh gantikan natrium dalam makanan ringan..Kandungan garam yg ade dalam seaweed mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.

4.Keseimbangan Kandungan Gula 
Seaweed boleh membantu menyeimbangkan kandungan gula dlm darah sebab kandungan serat larut membantu melambatkan kadar makanan dihadam dan diserap dlm aliran darah.

5.Membantu Pencernaan
Serat larut pada seaweed menyerap dlm usus dan membantu penghapusan sisa perkumuhan.

P/s: aku salah seorg penggemar seaweed a.k.a rumpai laut (bhs melayu).. =)

10 comments:

Mr.Azryph said...

sedak ke? tak pernah makan. hehehe cam tak sedap je. hehe

yan shamba said...

sedap..kite pon suke mkn ni :)

Shazrizal Shahmy said...

Rasa teringin jugak nak makan jajan uh..ermmm, tp sedap ke?

ezyra daniel said...

seaweed nie sedap kan....suka sgt hehe

Nour Adieb said...

Kawan sy dr Thailand suka makan seaweed ni :D

Shakira Pathi said...

Teringin nak rasa tapi takut tak sedap ><

Ayishscha Hamdan said...

memang sedap ..
first time rasa memang rasa macam kejutan budaya je . .
haha .. .

fatin aziz said...

sedap ke ek??saya pernah try sekali lama dah tapi xleh nak telan..hehe

Ana Farhana said...

favourite!

luqman zakaria said...

yeke..xpernah pulak terai..huhu~