Green Tea

Bantuan Zakat | Si Penerima Semakin Malas Berusaha



30 Ogos 2016 - Salam buat semua pembaca yg sudi berkunjung ke blog dyan.  Kali ni, dyan nak bincangkan isu bantuan zakat yg diagihkan kepada penerima yg tidak berkemampuan. Kenapa isu ni timbul?? Firstly tiada niat langsung untuk menunding jari dan menyalahkan pihak Baitulmal. Mungkin pihak Baitulmal memberi bantuan zakat tu sebab si penerima layak. Tapi adakah bantuan tu betul-betul memberi manfaat kepada mereka? 

Apa yg dyan lihat dgn mata sendiri, Jiran dyan sendiri penerima bantuan zakat dan bantuan lain, total bantuan RM800 + Baucer Barang Runcit (RM250). Memang mereka susah, si suami tak bekerja dan isteri jugak tak bekerja, ada 2 orang anak. Masing-masing sihat tubuh badan. Cuma keluarga ni nampak tak berapa terurus. Daripada apa yg dyan perhatikan, cara mereka ni seolah-olah tak berapa menghargai bantuan yg diberikan tu. Ye lah, bila redeem baucer barang runcit, mereka boleh ambil barang dapur secara percuma (beras, telur, roti, biskut, ikan, gas dll). Tapi, bila part makan, selalu beli makanan bungkus. tak masak pun, sampai telur tu buruk, beras bersawang, ending dia, BUANG!. 

Punyalah pemalas.. Cuma tau baca novel, pergi rumah orang tengok tv lama-lama, jalan-jalan naik motor, main mesej. Biarkan anak dia lapar. Nasib baik, 2 orang anak dia dapat makanan percuma kat sekolah, skim RMT. Kadang-kadang rimas bila tengok sikap dia yg asyik mengeluh lapar. Sanggup berlapar daripada masak kat dapur. Kerja malas, masak malas, suka baring je, lepas tu berangan. Langsung takda usaha nak buat sesuatu utk keluarga. Sebab nak fikir apa, duduk goyang kaki, cukup bulan duit masuk. Tak payah susah-susah kerja. 

Ada juga part, dia naik angin sebab baju busuk, dia rendam lama sgt sbb diri sendiri malas basuh, lepas tu buang semua baju tu. Nak salahkan baju busuk atau pun dia yg malas nak basuh?? Sebenarnya, apakah hukum orang pemalas mendapat bantuan zakat?? Ada satu kisah, disebutkan didalam hadis yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. iaitu :


  Suatu hari telah datang seorang lelaki daripada kaum Ansar menemui baginda di masjid. Lelaki berkenaan meminta sedikit makanan untuk diri dan keluarganya. Nabi sebaliknya tidak memberikan dia makanan, melainkan nabi bertanya apakah dia mempunyai sesuatu di rumahnya untuk dijual. Lelaki berkenaan mengaku ada, iaitu sehelai kain dan sebuah mangkuk. 

Nabi meminta dia pulang mengambil barangan itu. Kemudian nabi menolong menjual barangan berkenaan dan laku dengan harga dua dirham. Nabi membahagikan wang dua dirham dan mengarahkan lelaki itu membeli makanan untuk keluarganya dan satu dirham lagi untuk dibeli sebilah kapak dan tali. Lelaki berkenaan mengikuti arahan nabi. Kemudian nabi memberikan arahan kepadanya, hendaklah dia mencari kayu dan hendaklah datang lagi berjumpa dengan nabi setelah berlalu 14 hari berikutnya. 

Ternyata, setelah berlalu 15 hari lelaki berkenaan datang kembali dengan senyuman. Daripada asal satu dirham sebagai modal, kini dia sudah ada 10 dirham, keuntungan hasil jualan kayu apinya. Ternyata, Nabi telah memberikan dia satu didikan halus, iaitu mesti rajin berusaha dan jangan cepat meminta-minta. 

Hakikatnya, hadis di atas menjadi isyarat betapa Nabi Muhammad SAW sendiri tidak meraikan pemalas, jika lelaki tersebut sakit, pastilah dia tidak mampu bekerja dan nabi tidak akan memaksanya mencari kayu api. Ingatlah, mencari kayu api di Madinah (kawasan padang pasir) bukanlah mudah, namun ternyata berkat ketekunan dan kerajinan, lelaki berkenaan mampu melakukannya. 

Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyatakan: “Tidak ada hak zakat untuk orang kaya, mahu pun orang yang masih kuat bekerja.” - Riwayat an-Nasa’i dan Abu Daud. Mengulas mengenai hadis di atas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya: “Sesungguhnya diharamkan zakat bagi orang yang sihat dan kuat, kerana dia masih mampu bekerja untuk mencukupkan keperluan dirinya sendiri, tanpa harus menunggu dan menggantungkan harapannya pada sedekah.” 

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Menjadi pemimpin kenalah alert Yan. Macam kisah yg Yan berikan bagaimana baginda Rasulullah didik org itu menjana duit. Yg ada kat tempat kita ni kalau yg tak ada kudrat tu lainlah. Tapi kalau dah macam Yan kata tu sampai cuci baju pun malas. Bawang membusuk memang sepatutnya tak layak pun. Kenapa tak nak kerja kilang ke?

Baik bagi kepada yg lebih layak.