Green Tea

Marimo Tumbuhan Peliharaan Dalam Aquarium



29 Ogos 2016 - Salam ditengah malam.. Ada yang masih belum tidur? Hai, lain macam je tumbuhan yang bakal aku share ni.. Yes memang lain dari yang lain.. Pernah tak korang baca tentan tumbuhan marimo ni? Actually tumbuhan ni dh lama juga la dekat Malaysia, cuma korang alert ataupun tak.. Bagi penggemar tumbuhan hiasan aquarium mungkin mereka dh tau.. Aku dapat tau pasal marimo ni pun dekat page sponsored fb.. MOMORIS .. Bagi yg masih belum tau, jom aku nak share sikit apa tu Marimo Ball..


Untuk pengetahuan korang Marimo Ball adalah sejenis tumbuhan kategorikan alga, berbentuk bulat dan hidup dalam air . Marimo boleh hidup sehingga 200 tahun dgn pembesaran yg sgt perlahan hanya 1cm setiap tahun. Habitat asal marimo adalah dari Jepun, Scotland dan Estonia tetapi korang jgn risau sbb marimo juga boleh didapati di Malaysia (bagi yg nak jd kn marimo sbg perliharaan).  Marimo adalah tumbuhan air yg tidak beracun dan boleh ditempatkan bersama ikan hiasan. Permukaan marimo seakan baldu tetapi keras dapat menghalang tumbuhan itu daripada dimakan oleh ikan. Marimo juga dapat mengawal air aquarium supaya sentiasa jernih secara biologi.


Marimo membiak secara bertunas, tunas yg tumbuh  menghasilkan individu marimo yg baru. Penjagaan marimo sgt lah mudah krn marimo hanya perlu  dicuci seminggu sekali dgn cara memerah menggunakan air bersih. Marimo dpt bertahan sehingga 4 minggu dalam keadaan kering dan akan bertukar menjadi coklat dan mati. Untuk merawat marimo, korang hanya perlu meletakkan sedikit garam sbg ubat ke dalam air rendaman marimo dan kemudian diletakkan didalam peti sejuk supaya pemuliharaan dpt dilakukan mengikut suhu asal habitat marimo. 

Sebenarnya , hidupan air ini kian pupus dan pelbagai usaha dilakukan termasuk mempromosikan marimo sbg tumbuhan perliharaan bagi menghalang kepupusan spesis marimo. Marimo boleh didapati dgn harga RM15 - RM60 mengikut saiz dan dekorasi. Bagi yang berminat bolehlah ke page momoris. Buat masa ni, page tu je yg aku tau menjual marimo secara online.. Okay.. Sampai disini shj yaa.. Terima Kasih krn sudi membaca :)

Doa Melepasi Sekatan Roadblock



28 Ogos 2016 - Salam kpd pembaca yg mengunjungi blog dyan.. Entri kali ni adalah merupakan amalan doa yg boleh digunakan ketika kita dalam kesusahan, "Doa utk melepasi sekatan roadblock".. Mungkin agak unik entri kali ni, tapi niat dihati tak lain tak bukan utk berkongsi ilmu dgn kwn-kwn yg memerlukan. 

Pernah tak anda rasa panik bila berhadapan dengan roadblock? Kadang-kadang ada beberapa perkara yg buat kita panik, sama kita lupa membawa lesen/ic , lupa utk menampal sticker 'P', tiada lesen dan sebagainya.. kalau kita bawa motor mungkin kita boleh patah balik kan, tapi kalau kita bawa kereta, susah la sikit.. 

Sesungguhnya Allah tu kan maha pemberi pertolongan, so jangan takut dan jangan panik.. Amalkan doa ni, inshaa Allah anda dapat melepasi sekatan roadblock tu walaupun anda ada membuat kesalahan..


Surah Yassin Ayat 9 


(Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum la yubsiruun) 

Maksud : Dan Kami (adakan)dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding (pula). Dan Kami tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat



Cara Mengamalkannya
i) Bila sudah hampir dengan sekatan roadblock, Baca Bismillah dan Bacalah ayat 9, surah Yassin sebanyak 3x.

ii) Dan hembus kearah jpj/polis (hembus sekadar shj).

***Utk amalkan ayat itu, solat mestilah dijaga.. Bacalah sepenuh hati dan yakin kpd Allah. Diingatkan jgn digunakan utk tujuan tak baik atau sekadar suka-suka nak try.. Semoga bermanfaat..