Green Tea

Marimo Tumbuhan Peliharaan Dalam Aquarium



29 Ogos 2016 - Salam ditengah malam.. Ada yang masih belum tidur? Hai, lain macam je tumbuhan yang bakal aku share ni.. Yes memang lain dari yang lain.. Pernah tak korang baca tentan tumbuhan marimo ni? Actually tumbuhan ni dh lama juga la dekat Malaysia, cuma korang alert ataupun tak.. Bagi penggemar tumbuhan hiasan aquarium mungkin mereka dh tau.. Aku dapat tau pasal marimo ni pun dekat page sponsored fb.. MOMORIS .. Bagi yg masih belum tau, jom aku nak share sikit apa tu Marimo Ball..


Untuk pengetahuan korang Marimo Ball adalah sejenis tumbuhan kategorikan alga, berbentuk bulat dan hidup dalam air . Marimo boleh hidup sehingga 200 tahun dgn pembesaran yg sgt perlahan hanya 1cm setiap tahun. Habitat asal marimo adalah dari Jepun, Scotland dan Estonia tetapi korang jgn risau sbb marimo juga boleh didapati di Malaysia (bagi yg nak jd kn marimo sbg perliharaan).  Marimo adalah tumbuhan air yg tidak beracun dan boleh ditempatkan bersama ikan hiasan. Permukaan marimo seakan baldu tetapi keras dapat menghalang tumbuhan itu daripada dimakan oleh ikan. Marimo juga dapat mengawal air aquarium supaya sentiasa jernih secara biologi.


Marimo membiak secara bertunas, tunas yg tumbuh  menghasilkan individu marimo yg baru. Penjagaan marimo sgt lah mudah krn marimo hanya perlu  dicuci seminggu sekali dgn cara memerah menggunakan air bersih. Marimo dpt bertahan sehingga 4 minggu dalam keadaan kering dan akan bertukar menjadi coklat dan mati. Untuk merawat marimo, korang hanya perlu meletakkan sedikit garam sbg ubat ke dalam air rendaman marimo dan kemudian diletakkan didalam peti sejuk supaya pemuliharaan dpt dilakukan mengikut suhu asal habitat marimo. 

Sebenarnya , hidupan air ini kian pupus dan pelbagai usaha dilakukan termasuk mempromosikan marimo sbg tumbuhan perliharaan bagi menghalang kepupusan spesis marimo. Marimo boleh didapati dgn harga RM15 - RM60 mengikut saiz dan dekorasi. Bagi yang berminat bolehlah ke page momoris. Buat masa ni, page tu je yg aku tau menjual marimo secara online.. Okay.. Sampai disini shj yaa.. Terima Kasih krn sudi membaca :)

Doa Melepasi Sekatan Roadblock



28 Ogos 2016 - Salam kpd pembaca yg mengunjungi blog dyan.. Entri kali ni adalah merupakan amalan doa yg boleh digunakan ketika kita dalam kesusahan, "Doa utk melepasi sekatan roadblock".. Mungkin agak unik entri kali ni, tapi niat dihati tak lain tak bukan utk berkongsi ilmu dgn kwn-kwn yg memerlukan. 

Pernah tak anda rasa panik bila berhadapan dengan roadblock? Kadang-kadang ada beberapa perkara yg buat kita panik, sama kita lupa membawa lesen/ic , lupa utk menampal sticker 'P', tiada lesen dan sebagainya.. kalau kita bawa motor mungkin kita boleh patah balik kan, tapi kalau kita bawa kereta, susah la sikit.. 

Sesungguhnya Allah tu kan maha pemberi pertolongan, so jangan takut dan jangan panik.. Amalkan doa ni, inshaa Allah anda dapat melepasi sekatan roadblock tu walaupun anda ada membuat kesalahan..


Surah Yassin Ayat 9 


(Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum la yubsiruun) 

Maksud : Dan Kami (adakan)dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding (pula). Dan Kami tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat



Cara Mengamalkannya
i) Bila sudah hampir dengan sekatan roadblock, Baca Bismillah dan Bacalah ayat 9, surah Yassin sebanyak 3x.

ii) Dan hembus kearah jpj/polis (hembus sekadar shj).

***Utk amalkan ayat itu, solat mestilah dijaga.. Bacalah sepenuh hati dan yakin kpd Allah. Diingatkan jgn digunakan utk tujuan tak baik atau sekadar suka-suka nak try.. Semoga bermanfaat.. 

Perlu Pakai Blazer Hitam Semasa Presentation VIVA?



14 Julai 2016 - Salam selamat malam sambil menarik nafas lega. Lega la sebab full report dengan cd dah submit kat advisor  semalam tu.. Raya aku tahun ni terasa seksa sebab nak siapkan benda alah tu.. Tapi ok jugak bila viva sebelum raya, takde lah kelam kabut sgt dibuatnya kn.. Macam mana viva?? Soalan ni mmg mengundang.. huhu.. usah ditanya.. Alhamdulillah , masih ok walaupun tak berapa puas hati.. Oufit pulak, apa yg aku pakai masa viva tu?? Actually aku cuma pakai baju kurung yg paling cantik yg aku ade, dan yg paling selesa.. heheh

Perlu tak pakai blazer hitam masa viva?? Jawapannya, bergantung kepada individu.. Kalau suka baju kurung, pakai baju kurung pun takpe, kalau nak nampak kelainan, fresh, formal pakai la blazer hitam.. Masa ni lah first step nak menggayakan blazer hitam tu.. Kalau tak bila lagi.. Sure gaya ala-ala corporate tu mesti menonjol.. :)

Rugi ke tak beli blazer hitam?? Takkan nak pakai masa viva tu sekali je, lepas tu tersadai dalam almari.. Sometime kena fikir jugak, blazer hitam, kita akan guna jugak masa kerja nanti, so dah ada.. Kalau nak pakai masa hangout dgn kawan2.. Boleh ape.. Tengok retis-retis k-pop tu ha.. Style kan dorang gayakan blazer.. Santai santai ditepi pantai.. Aku ni pun kalau ada pitih lebih, grab dah satu.. Tapi guana kan, tunggu kerja la dulu, nak pauu mak, maluuu...

Jauh benor terpesong ape yg aku bebel ni dgn tajuk entri, huhu.. Aku takde lah nak cerita pasal viva sgt, intro je tu.. Fokus ea anak-anak, aku sbnrnya nak bebel pasal "idea nak gayakan blazer hitam didalam almarimu itu" Kalau takde dalam almarimu, beli la satu.. huhu.. Ada juga satu dua gaya yg aku suka tgk org gayakan,


gayakan dengan dress, dress labuh ke tak labuh ke, boleh.. Yang penting colour tu cari yg kontra.. Dari jauh tu org nampak.. "Eh, kak salmah, vouge hari ni" .. Kat situ anda dah move kepada second step utk tak biarkan blazer hitam berhabukk.. heheh


gayakn dengan baju bercorak, ok jugak ape.. Takde lah nmpk plain je kan,. nampak casual.. Nak pergi event-event, dinner dkt tempat class ke tak class ke, still nampak class.. Tahniah, sbb anda dah move ke step ke 3, macam biasa, blazer zaman viva tu tak sempat berhabuk..


gayakan dengan t-shirt, omg.. idea bernas lagi.. satu blazer , macam-macam boleh guna.. Selalunya ada girl suka kombinasikan blazer hitam dgn t-shirt ni nak nmpak ringkas.. tapi aura menarik tu pun nak bagi nampak sekali.. boleh try lepas ni, kebas blazer adik.. **pinjam sehari je dik**


gayakan dengan jeans, ikut lah nak jeans koyak ke tak koyak ke.. jeans colour lusuh ke tak lusuh ke, sometime, ada yg sesuai dgn diri kita, akan nampak versatile.. ala-ala hipster kau jadinya.. Akhirnya.. blazer hitam korang yg dalam almari tu tak dimakan cik ti.. boleh dibasuh, disidai dan guna dgn senang hati..

p/s : selalu jugak aku usha blazer hitam ni, mcm biasa kena simpan pitih dulu.. dah cukup, beli online je senang.. sampai depan rumah terus, kaki pun tak penat nak jalan-jalan masuk kedai sana sini.. Terima kasih lah, akak cun melecun dgn abg hensem sudi mendarat dekat blog saya ni.. :)

Anda Percaya Ke Injection Untuk Putih?



22 Jun 2016 - Salam blogger.. Ada lagi ke yang belum tidur? Memandangkan hari ni cuti nuzul Quran, jadinya cuti lah saya.. Topik malam ni, tak lain bukan pasal "PUTIH".. Siapa pun nak putih gebu gebas, tak kisah lah cara macam mana pun. Telan pil ke, sapu lotion ke, guna shower cathy coo ke, duk kemam k-colly ke.. Tapi yang aku interested dan nak minta pandangan korang ni. Pernah tak tgk artis-artis yang drastik gila putih.. Semalam malap je tgk, tup tup melepak tiba-tiba.. Mesti ada something ni.

Sometime ada org kata dieorg inject.. Aku percaya.. Sbb injection serap 95% dalam darah drp cara telan pil atau kemam serbuk tu, cuma 5% je.. Mmg sampai kesudah tak putihnya.. Ye dak.. Malaysia haramkan injection, tapi negara lain tak pun.. Ke sbb kalau Malaysia bg jual injection tu, nnt produk kelulusan KKM takde org nak beli.. **tu pandangan aku je la** .. Sbb aku tgk ramai je artis yg dah berjaya dapat kulit yg mcm dieorg inginkan guna injection ni.. 


**buat masa ni, mampu kunyah tomato aeon hari-hari (Rm0.58 sebijik).. huhu**

Sometime penat tau nak kunyah tomato hari-hari, minum jus oren hari-hari. Kesan sikit je.. Tak sekata.. Dekat online aku google bersepah sepah produk injection ni.. Cumanya, satu je, kena survey betul2, takut terbeli yg fake.. Aku ni pun still search search.. Ade jugak yg aku jumpa trusted seller. Dan injection tu dari Italy.. Nak nak raya ni kan, perasaan nak putih tu mengundang sampai cek tak boleh tdo.. >___<.. hehe.. Ada ke siapa-siap yang dah pernah try.. Rajin-rajin laa tinggal komen ye.. Terima Kasih Daun Keladi.

P/s : Okey lah.. cek nak pi goreng cekodok untuk sahur**perangai sahur tengah malam**..hehe.. bye