Green Tea

Lenovo A399 Sesuai Untuk Orang Berumur

gambar encik google..

26 Julai 2015 - Salam pagi hari (jam 3.09am) . Memandangkan line internet yg ada sikit walaupun macam siput ni.. Semangat nak menaip tu ada. Bosan barangkali. Tadi baru lepas baked brownies. Ntah apa jadi, itu rahsia. Huhu.. Apa yg dyan nak sharing pagi ni pasal smartphone Lenovo A399. Ni bukan kes nak promote tapi review sikit2 gitu. Berbalik kepada tajuk entri kita ni.. Nak lah cerita panjang2, borak dan tengok wayang, sikit2 kau merajuk, aku sering sabar pujuk, gatalnya diri you membuat ku terjatuh (versi tasha manshahar). Bagi korang yg bercita-cita nak menghasut mak ayah atau org berumur pakai smartphone. Bagi aku Lenovo A399 pilihan yg tepat. Tapi kenapa ?

gambar encik google

Kenapa harus Lenovo A399 ?
1. Tulisan besar dan jelas (kalau ada problem rabun dekat)
2. Senang nak guna (tak berapa advance, ada bhs melayu utk mereka yg memerlukan)
3. Support memori card (dari 2gb sampai 32gb)
4. Andoid 4.4.2 kitkat (latest punya la ni, mak punya kitkat anak cuma jelly beans, huaa)
5. Screen handphone 5 inci fully touchscreen (besar dan bergaya) 
6. Dual sim (mak ayah boleh pakai 2 sim, celcom call along, maxis call angah)
7. Storage dalam 4gb , ram 512MB (kira standard2 ni)
8. Camera 2mp gitu je (camera depan tiada, anak2 takleh curi nset mak ayah nak selfie ea)
9. Ada bluetooth,wifi (ciri2 semakpong tu ada tapi mudah diguna)
10. Murah (harga bawah Rm280 siap memori card 8gb ngn screen protector diamond) -yg baru dan ori ni tau, jgn xpercaya
11. Ada 2 colour ( hitam dan putih ) - koi org pahang



Makin hari semakin gadget ni advanced dan advanced. Org berumur mesti teringin jugak nak merasa smartphone touchscreen. Tapi jadi takut nak guna sbb nmpak susah. Bagus jugak lenovo reka smartphone yg murah,mudah dan ok la bagi aku. Org muda yg tak suka heavy2 pun boleh guna dgn senang hati. Setakat itu dulu review dari aku. So dah tau smartphones mudah dan murah boleh la start pujuk mak ayah berwasep2 pasni. Takdelah garu kepala mereka nak belajar dan give up. Sampai disini saja ke excited an aku.. Jumpa lagi :)

Bulan Puasa Bulan Penyakit ke?



5 Julai 2015 - Salam silent readers! Sihat ke? Sedar tak sedar hari ni dah 18 Ramadhan dah.. Best ke idok puasa tahun ni? Mesti lah best kan, setahun sekali.. Semua org tau bulan puasa ni lah bulan nak menyihatkan badan, sebab bulan puasa je kita merehatkan perut daripada proses makanan yg kita makan 24jam.. Tak gitu.. Tapi kadang-kadang bila nafsu makan kita mendadak.. Bila tengok makanan kat bazar semuanya sedap dan semuanya nak beli, semuanya nak sumbat masa berbuka, sure lah penyakit tu datang tak dijemput, pulang tak dihantar. Penyakit mostly datang dari cara pemakanan kita.. Sebab tu lah ada pepatah mat salleh, "you are what you eat".. Haa, jom baca , penyakit apa sebenarnya yang selalu mengundang ketika di bulan Ramadhan ni..

1. Kembung perut
-Kembung perut berlaku apabila kita suka minum minuman bergas (coca-cola) sewaktu berbuka, makan makanan berangin contohnya nangka atau keladi dan yang selalu orang suka buat, malas nak kunyah makanan sampai lumat ( kunyah sikit, terus telan )

2. Batuk/Sakit tekak
-Al-maklumlah bulan puasa ni cuaca panas dan tekak kita berganda-ganda kering. Bila tekak kering, kita minum minuman berais setiap hari, tekak akan mula sakit dan batuk-batuk. Dyan suggest ubat batuk cap kelapa laut afrika. Walaupun cair, tapi sangat berkesan tapi kena berpantang sikit kalau nak sembuh cepat.

3. Sembelit
-Penyakit sukar nak buang air besar ni bila mana kita makan makanan macam-macam. Kejap roti john, nasi kerabu, taufu fah, popia basah, kuih tepung pelita. Masa berbuka semua nak makan. Ada orang perut lasak boleh main gasak. Tapi ada yang perut sensitif, tak boleh main redah je kan. Bagi yang sensitif tu cuba lah kawal menu makan anda tau.

4. Sakit kepala
-Sakit kepala selalunya berlaku diwaktu petang. Waktu itu kandungan gula dalam badan kita dah menurun dan kita kurang tenaga. Dan juga disebabkan dehidrasi. Minumlah air kosong yang banyak dimalam hari.

5. Lesu
-Lesu akan terjadi bilamana badan kita tiada tenaga, terlalu lemah dan letih. Sahur sangat penting untuk kita mendapat tenaga. Makanlah kurma, benda manis atau pun makanan berat (nasi) mengikut keperluan individu. Jangan sampai tak sahur sebab sayang tidur. Tenaga penting untuk kita melakukan aktiviti seharian. 


Ni adalah antara penyakit atau masalah kesihatan yang kerap berlaku. Bagi anda semua, jaga pemakanan dan tingkatkan amalan. Semoga bulan puasa ni, anda sentiasa sihat melakukan ibadah.