Green Tea

Madu Asli Berwarna Biru di Perancis



2 October 2015 – Salam. Ada tak antara korang yg suka makan atau minum madu? Tak kisahlah campur dgn apa-apa? Wah bagusnya. Pernah ke korang tau ada madu asli selain warna kuning keemasan? Hari ni aku nak sharing pasal madu asli berwarna biru/hijau yg dihasilkan oleh lebah di France. Jgn tak percaya.

Kalau korang nak tau, Perancis merupakan antara pengeluar madu terbesar di Eropah. Perancis adalah negara yang berjaya menghasilkan 18,330 madu setiap tahun. Di Alscea shj, trdapat 2400 penternak lebah yg menguruskan 35000 sarang lebah.

.  Sekitar tahun 2011-2012, Perancis mengalami suhu sejuk yg melampau menyebabkan lebah-lebah dikawasan itu mencari alternatif gula lain selain dari manisan pd bunga. Penternak lebah dikawasan itu  mendapati bhw lebah-lebah mereka mula mengutip gula berwarna warni (merah,biru,hijau,kuning dan coklat terang) hasil sisa buangan  dari loji kilang M&Ms  kira-kira 2.5 batu dr kawasan ternakan lebah. Apa yg menghairankan populasi lebah tersebut menghasilkan madu pelik berwarna biru dan hijau.

Bahan buangan kilang memberi kesan yang buruk terhadap penghasilan madu di Ribeauville, Menyedari hal itu, Syarikat Agrivalor pengeluar gula-gula M&Ms telah pun tampil memberi kenyataan bahawa mereka akn membersihkan logi dan membuang bahan buangan kilang mereka didalam bekas kedap udara bagi mengelakkan lebah dikawasan itu mengutip sisa-sisa kilang.


Menurut penternak lebah lagi, madu biru  tidak akan dijual krn bg mereka ia bukanlah madu. Dikuatiri akan menjejaskan kesihatan pengguna krn sumber penghasilan madu itu sendiri adalah bahan buangan kilang.

P/s – Walaupun cerita ni agak lama, tapi aku terasa impress sbb ade jugak warna madu biru. Entah apa lah rasa dia. Rasa coklat M&Ms kot. Hewhew. Thanks for reading yaa.  :)