Green Tea

Treatment Rambut Dirumah Guna Shampoo Salon



14 September 2015 – Salam. Haa panjang tak tajuk entri aku tu ha. Mesti lah pjng sbb aku rs excited, almaklumlah dah jumpa penyelesaian utk rambut aku yg keras macam dawai ni. Cerita dia mcm ni, sblm rambut aku jd mcm hantu kak limah, aku pernah lah taram serbuk inai kat kepala. Konon-konon nak rambut perang. Macam ala-ala matsalleh gitu. Tapi kesudahnya, rambut takat tu jugak. Hitam. Mungkin rambut aku tak effect bila letak inai. Cumanya, yg effect jadi keras. Mungkin ada bahan campuran yg dia letak dalam inai yg jual kat kedai2 tu.

 Aku stress la sorng diri kat katil sambil tangan mengoogle tgk rambut org yg lembut di tiup bayu. Jeles nya. Lepas tu aku pun berazam lah gi Watsons cari set shampoo utk lembutkan rambut aku balik. Biasalah farmasi mcm tu cuma ada brand-brand yg selalu kita tgk kn. Aku cuba Pantene, tak okay. Aku cuba Loreal Paris, aku cuba Dove, aku cuba Sunsilk. Semuanya tak menjadi. Rambut jadi kesat semacam je.

Lepas tu aku bertekad nak pegi buat treatment rambut kat salon. Aku tanya la harga utk sekali treatment rambut. RM80, mak aii. Kopak mcm ni kalau salu gi salon buat treatment. Dah lah aku tak biasa gi salon kn. Aku pn bt la muka kecewa. Heheh. Sis tu pun memahami isi hati aku then dia suggest guna set treatment rambut “QS 3D Gold Series”. Beli je set treatment kat situ, then buat treatment sendiri kat rumah. 1 set ada shampoo, conditioner, mask dgn serum cuma RM98. Kalau beli satu-satu mahal, so beli sekali 4, dpt lah dgn harga Rm98.



Cara Penggunaan :

1. QS 3D Gold Series Scalp Shampoo – 
Syampu rambut macam biasa lepas tu bilas

2. QS 3D Gold Series SPA Cream – 
Sapu mask dekat rambut sampai sekata, perap rambut dalam shower cap selama 15-30 minit. Ambil syampu sikit utk basuh mask tu dan bilas.

3. QS 3D Gold Series Masque – 
Sapu masque (conditioner), biarkan 3 minit kemudian bilas

4. JS Exclusive Professional Essential Oil – 
Sapu serum ni selepas mandi masa rambut tgh lembap


Kat atas tu full step guideline nak guna. **Mask rambut guna 1 minggu sekali shj ok. Shampoo, conditioner dan serum guna 3 hari sekali. Tak boleh selalu. Utk mengekalkan kelembapan dan kesihatan rambut. First try pun korang akan rasa puas hati sbb rambut terasa fresh mcm baru keluar dari salon gitu. Dalam banyak-banyak produk rambut, set treatment ni yg aku paling berpuas hati. Sbb rambut rasa lembut, licin dan tak serabai dah. Benci bila ikat, asyik terlucut sebab licin dan lembut. Haha. Over tak. Tapi mmg betul. Ni review ikhlas dari hati aku sbb aku impress dgn hasilnya.

Jom singgah sini >> Perfect Hair

Kpd sesiapa ada mslh rmbut kering, keras, kusut, dan sbgainya. Better cuba produk ni. Beli satu set pastu buat treatment kat rumah lg jimat daripada buat kat salon. Tapi, ada jugak org suka gi salon. Terpulanglah pd citarasa masing-masing. Okaylah, sampai disini shj entri aku utk hari ni. Terima kasih sbb sudi meluangkan masa membaca. :)

5 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye...rietta pown xska rambut kering...produk ni ada jual di salon je erk?

Unknown said...

besh nye....kalo akak nie masalah rambut gugur teruk sgt....hihihi...x lama botak ;)...akak nk jemput kamu ke GA akak...meh lah www.rianalittlecuties.blogspot.my... jemput ye

dyanzakhi said...

Aah.. kt salon je.. cuba tnye salon dkt2 kot2 ada brand tu jugak :)

Unknown said...

yang penting rajin! hehehe

Murni Mohd Yusof said...

better buat treatment rambut kat rumah, jimat berbanding buat kat salon