Green Tea

Teksi Bapak Besar , Selesa Tapi Murah


 (Gambar google. Nak snap gambar teksi dia takut abg tu pelik pulak)

29 September 2015 – Salam warga blogger dan warga puncak alam. Ada ke blogger puncak alam sini? Haa. Aku cuma anak perantauan di palam. Huhu. Al- kisah semalam, aku nak balik puncak alam dari klang sentral. Memandangkan badan penat dan barang banyak, aku tak berdaya nak tunggu Rapid U90. Sbb nya nnt sampai uitm, kne tunggu Rapid T600 pulak nak balik rumah sewa. Entah sampai pukul berapa nanti.

So, aku buat kputusan lah nak naik teksi. Masa nak pergi kawasan pak cik teksi tu, ada sorg abang tu tanya nak kemana? Rasa mcm tak nak lyn je sbb teksi dia dah la biru, besar pulak. (teksi mcm gambr kat atas tu) Takut laa mahal. Tapi sbb abg tu tanya dgn cara baik so, aku pun pergi dkt abg tu, tanya harga berapa nak gi puncak alam fasa 3. Memandangkan aku ni student, abg tu bg RM 25 je tau.

(Snap sikit masa abg tu isi minyak. Mintak halal ea .. :D)

Kira ok sgt harga RM25 utk setengah jam perjalanan. Sbb kalau aku naik teksi merah RM 35 utk ke tempat yg sama. Naik teksi biru ni jimat la 10 ringgit. Teksi biru ni sgt selesa. Plus driver teksi yg aku naik ni baik sgt, peramah. Pandu pun tak merbahaya. So kalau korang nampak teksi biru dan besar. Jgn lari. Pergi tanya dulu. In shaa Allah murah la dari teksi merah. Hehe. Terima Kasih krn sudi membaca :)

1 comment:

Roziah Muhammad Nor said...

naik sorang2 gila luas. hihi