Green Tea

Kerusi Urut Boleh Menyebabkan Lumpuh



27 September 2015 – Salam Aidiladha. Siapa kat sini yg cepat lenguh dan sengal-sengal badan? Kalau korang orgnya, kerusi urut bukan pilihan yg bagus tau. Bahaya. Di shopping mall selalu aku nmpak kerusi urut ni, bila masukkan seringgit mcm tu. Mula lah mesin tu bergerak. Pernah la aku cuba, si kerusi urut tu pn mula lah tekan urat aku, sakit gila. Melompat terus aku dari kerusi tu. Tak sanggup nak teruskan.

Apa yg aku nak cerita hari ni, pasal kawan bapak aku. Chin nama panggilan dia. Dulu pak cik tu stay dekat ulu jempul, jengka. Kampung aku. Selalu gi mari gi mari nampak naik motor. Tak lama lepas tu dia pindah jengka 15. Tak tau la khabar dia. Raya baru ni, kelmarin bapak aku baru dapat tau yg dia lumpuh, 5 tahun dahYa Allah, tak sangka. Ingatkan dia bz ke ape ke. Rupanya sakit. Lumpuh. 

Pak cik tu sgt aktif bersukan, main badminton bagai-bagai. Tup-tup satu hari tu dia guna kerusi urut, entah mcm mana, urat dia rasa sakit. Terus lumpuh. Sampai lah hari ni. Dah 5 tahun tak sembuh-sembuh lagi. Kesian tgk pak cik tu terbaring je, pakai lampin. Nasib baik boleh juga bercakap. Doakan lah mudah-mudahan pak cik chin cpt sembuh. Amin

Aku sengaja tak nak letak gambar pak cik tu sbb nk jaga aib dia dan gambar kerusi urut pn mls nk letak. Kalau korang lenguh dan sengal badan, lagi baik urut dekat orang yg pandai mengurut. Cara tu lagi selamat sbb urat kita ni sensitif. Urut main hentam je boleh jadi lumpuh dan strok. Kena ingat, nikmat kesihatan takde jual kat kedai tau. Selalu jaga diri ea. Terima kasih krn sudi membaca :)

1 comment:

Fifi Fizah said...

Ya Allah takutnya..xtau plak blh mnyebabkan bdan jd lumpuh..tq share.. :)