Green Tea

Keanehan Pulau Socotra



17 September 2015 – Salam. Hai. Pernah tak korang tau tentang sebuah pulau yg dinamakan Socotra? Aku pernah terbaca tentang pulau pelik bin ajaib ni dekat surat khabar dulu. Dan rasa tak percaya ada jugak tempat macam planet lain dekat muka bumi ni. Kalau korang nak tau Pulau Socotra ni merupakan  kepulauan yg terletak di lautan hindi dan berada dkt dgn Yaman. Landskap Pulau Socotra macam dalam sebuah filem tau.

Pulau Socotra sgt terpencil dan tidak membangun. Walaupun kemudahan seperti jalan raya dan kemudahan asas sgt sedikit tapi pulau ini berjaya menarik ramai para pelancong asing utk datang. Kalau korang nak tau, pulau ni memiliki  khazanah botani yg berusia jutaan tahun. Terdapat kira-kira 800 spesies flora dan fauna yg jarang ditemui ditempat lain hidup di kepulauan ni. Pulau aneh yg mempunyai 40,000 penduduk ini telah mendapat anugerah daripada UNESCO sbg tapak warisan dunia krn ciri-ciri geografi yg sgt luar biasa. 


Apa yg menarik lagi, pulau ni tiada langsung spesies amfibia. 90 peratus haiwan yg menghuni pulau tersebut adalah dari spesis reptilia seperti cicak dan sesumpah. Apa yg paling menarik minat aku pasal pulau ni ialah pokok macam payung kat gambar atas sekali tu, pokok tu dinamakan ‘’Dragon Blood Trees’’. Bila diterjemahkan jadi pokok darah naga. Huduh pulak bunyinya. Hehe. Okaylah, sedikit shj info utk dikongsi hari ni. Terima kasih krn sudi membaca. 

2 comments:

Rusmeyati Nordin said...

Memang pelik n ajaib kan tapi menarik sangatlah..walau ada sikit seram..hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

uniknye....mcm dalam movie je...seram jugak nama pokok tu...heheh...