Green Tea

Freshlook Lens Sangat Selesa



29 September 2015 – Salam silent readers. Memandangkan hari ni kls cancel, jari terasa ringan nak menaip. Hehe. Sape kat sini pemakai tegar contact lens? Korang suka brand ape? Freshlook ke? Kita serupa. Tapi aku takde lah suka sgt pakai lens mcm adik aku. Suka suki je. Cuma bila pakai lens seronok la, sampai ke tengah laut nampak. Ada power. Buka power rangers ea. Hehe.

Aku suka beli lens lepas tu bagi orang. Kadang-kadang ada yg aku pakai, tak sesuai dgn muka. Jadi muka macam semut api lah. Alient lah. Hari tu beli brand ‘iContact’. Warna brown dan ada ring hitam tepi dia. Ya Allah. Sebijik muka mcm semut api. Mata bersinar gemerlapan. Aku pun bg adk aku. Dia pakai ok je. Comel. Jelesnya. Yg aku pakai lens muka jd mcm alient tu tak ingat brand ape. Tapi besarkan anak mata, sampai takut tgk rupa sendiri. So aku pun bg orang. Dan orang tu pakai okay je.

Susahnya nak pilih yg sesuai. Kalau beli brand selain Freshlook mst bg org. Entah la. Selalu sgt tak kena. Tapi bila beli freshlook ni dah 2 kali beli, dulu warna brown. Kali ni warna sterling grey. Mmg tak de bg org. Sbb aku selesa pakai. Lembut je lens nya. Aku beli yg sebulan je dan power -0.75 . Harga RM50. Dekat Giant Klang. Mungkin sterling grey tu new lg tu mahal sikit. Kalau tak yg brown tu RM40 je.

Freshlook colorblend

Cumanya ada jugak masa malas. Masa beli exicted sbb suka tgk colour mcm-mcm. Pakai kadang-kadang je. Ea lah nak jolok-jolok kat mata. Hehe. Sekadar nak sharing. Korang pakai brand ape? Share la sikit. Boleh cuba jugak. Huhu. Ape pun. Terima kasih krn sudi luangkan masa membaca :)

2 comments:

InaYusoff said...

dulu suke pakai lens wane wani...
tak rase segan plak tuu ..
skang bila pk balik, asal aku selambe benau ni..hihi..

dah tak pakai dah..
sebab ade kes lens tertinggal kat mata..
merah2 ku gonyoh mata..

Radhia Razali said...

Saya tak pernah pakai contact lens. Tengok sis pakai nampak cantik sangat. Sampai terasa nak pakai jugak..hehe