Green Tea

Cara Nak Hilangkan 400 Bad Request



28 September 2015 – Salam. Pernah tak korang mengoogle lepas tu Error 404 ke, 400 Bad Request ke. Baru-baru ni aku sgt pelik bila iklan nuffnang dalam 2 3 hari tak keluar dkat blog dan bila aku search si nuffnang tu tiba-tiba jadi 400 Bad Request. Dalam hati aku, blog aku problem ke nuffnang problem ni. Rasa tak sedap hati je. Tak kan lah nuffnang boleh jem pulak kan.

Memandangkan aku dah lama tak clear history dan terasa bila searching tu jadi berat. So aku pun, terus clear cookie. Biasalah, lepas clear tu jadi seclear clearnya lah kan. Tak de dah url address yg aku selalu terjah sblm ni. Dan yg paling bagusnya, 400 Bad Request tu hilang dan lenyap. So bagi sesiapa yg ada masalah mcm aku boleh lah cuba mcm aku okay,

Google Chrome >> Customize and control Google Chrome >> History and recent tabs >> clear browsing data >> Siap

**P/s - Sekarang korang boleh mengoogle dgn senang hati ea. Katakan tidak pada error dan bad request. Hehee

Jenis Kawan Di Universiti Yang Menyakitkan Hati



20 September 2015 – Salam silent readers dan keybord warrior sekalian. Hehe. Setiap tempat baru yg kita pergi mesti kita akan berdepan dgn situasi macam-macam jenis dan ragam org. Tak kira lah tempat kerja baru ke. Pindah taman perumahan baru ke. Sekolah baru ke. Tapi hari ni, aku nak share antara ragam-ragam kawan di zaman universiti.

Memandangkan aku dah 5 tahun berada dialam kampus. 3 tahun masa diploma , 2 tahun degree. Kiranya dah lali jumpa perangai kawan di universiti. Kenapa nak bincang pasal pelajar U? Sebabnya, seorg student tu aku boleh katakan ada antara dieorg ni masih belum matang lagi dan masih belajar utk sesuaikan dgn keadaan sekeliling. Sbb tu tingkahlaku dan sikap asal boleh je. Bagi adik-adk yg baru melangkah ke alam IPT , pilihlah kawan yg betul dan tak buat adik-adik lemah jantung sebab pendam perasaan. Jom tgk sikit jenis kawan di Unversiti,

Cari Bila Perlu
-Ada type kawan tu, dia akan cari kita bila perlu. Contohnya nak tiru assignment ke, nak tumpang gi mana-mana ke kalau kita ada kereta. Bila susah, baru nak cari. Bila tgh bahagia lupa dkt kita yg salu tlg masa dia susah. Bila kita ni takde kepentingan dia buat tak tau je.

Depan Baik Belakang Kutuk
-Haa type yg ni sgt gampit. Bila depan-depan saya awak saya awak. Bagi senyuman semanis kurma. Suci dan murni je tgk. Tapi bila belakang kita, kutuk kita habis-habis. Kalau nk test type kwn mcm ni, cuba kita kwn dgn seseorg tu. Kalau kita tak rapat dgn dia tapi die boleh selamber je kutuk kwn lain. Korang jugak berpotensi akan dikutuk dkt kwn lain pulak.

Kedekut llmu
-Si kedekut ilmu ni pulak, aduhai laa. Nampak sgt tak nak share ilmu yg dia ada dgn org lain. Tau la pandai. Tiap kali tanye, tak tau memanjang. Tapi bila lecturer tanya boleh je jwb. Bila test, betul je jwpn. Siap highest mark lagi. Nak pandai sorang. Nak lecture puji. Sanggup tgk kawan failed. Rasanya kalau ilmu dikongsi takkan habis pun kan.

Muka Jahat Tapi Hati Baik
-Selalunya muka jahat tapi hati baik ni type si kaki bahan. Asyik nak kenakan kita je, asyik nak menyakat, asyik membahan je. Bengang kadang-kadang tu. Tapi percayalah kawan macam ni, nampak je tak berguna, tapi bila mintak tolong dia org pertama yg akan tolong dan tak berkira. Biasanya si kaki bahan ni, apa yg dia ckp dia tak masuk dlm hati pun. Habis habis situ je.

Suka Makan Makanan Orang
-Haa, type yg ni pulak akan lebih ketara bila jd roomate lah kan. Dah lah suka makan, tapi tak nak beli. Suka habiskan makanan org. Bila offer laju je. Makanan kita buat macam makanan dia. Bukan nak berkira. Kita sama-sama belajar. Sama-sama pinjam PTPTN. Sama-sama lapar. Nak ditegur takut kecik hati pulak.

Tak Nak Bayar Duit Minyak
-Type yg ni kalau yg duduk rumah sewa lah kan. Bila ada kawan yg berkereta, kita tumpang. Bayar lah minyak walaupun dia tak mintak. Pergi kls sama-sama. Ada jugak yg dah janji nak sharing minyak, pastu liat nak byr. Buat-buat lupa. Kesian lah dkt kwn yg ada kereta tu. Bukan nya ada duit nak payung minyak sokmo.

Suka Pinjam Barang / Duit
-Tak kesah bab pnjam memnjam brg ni. Tp kalau pnjm smpai 10 thn. Sape tak berbulu. Boleh buat hati kering je guna brg org smpai tak reti nk pulang. Yg part pinjam duit ni pulak, ada jugak lepas pinjam, duit tu cas burn. Cas lesap lah. Walau pun pnjm singggit, dua inggit ke 10 inggit. Kalau dah selalu tak ke jd byk. Kalau byr lambat boleh lah fhm lg, ni mmg tak nak byr. Tak tau lah nk ckp mcm mane kn.


Kat atas tu antara perangai kwn yg menyakitkan hati. Tapi takde lah semua kwn U perangai mcm tu. Segelintir je lah. Ramai jugak yg okay, suka tolong kawan, amik berat pasal kwn lain, selalu bg nasihat dan mengingatkan. Tak kurang jugak ada type yg suka tidur, suka buat hal sendiri, suka berjalan. Banyak sebenarnya, kalau aku senaraikan, muntah nanti korang nak baca. So aku stop lah dulu sampai sini. Kalau nak tau type kawan dekat IPT yg berbagai-bagai lagi, boleh tgk kat >> SINI

Kombinasi Makanan Pelik Yang Patut Dicuba



19 September 2015 – Salam pembaca alam maya. Pernah tak korang try mengabungkan satu makanan dengan makanan lain utk mencipta sesuatu rasa yg lain dari kebiasaan? Adakah korang seorg yg suka makan dan suka mencuba sesuatu baru? Suka? Hoho. Kita tak sama, sbb aku ni haa tak boleh cuba makanan yg pelik-pelik. Nanti meroyan sorang-sorang sebab pening. Hehe. Tapi seronok bila tgk org suka cuba something new dan boleh adapt begitu shj. 

Ada satu hari tu kan, aku pernah tengok nenek aku makan kek coklat campur telur rebus. Series! Tapi aku tak tanya la sdp ke tak. Tgk gaya nenek aku makan mcm sdp je. Apa kata korang cuba. Pastu bgtau aku perasaan korang lepas makan kek coklat plus telur rebus. Nanti bolehlah korang jd testimoni berjaya. Heheh. 

Setakat ni, kombinasi makanan yg agak rare yg pernah aku cuba, pisang goreng cicah sambal kicap. Hewhew. Jgn gelak tau. Mmg rasa dah hbis rare habis dh ni. Org johor relax je makan sbb makanan dieorg. Aku over excited dpt cuba. Kehkehkeh. Jom intai sikit makanan unik tahap gaban yg lain,


Strawberry + Ikan Masin – Bagi sesiapa yg nak mencuba strawberry campur ikan masin ni korang boleh dapatkan di "Sweet Treats Boutique Cafe , Shah Alam". Strawberry sambal pun ade tau. Boleh buat makan dgn nasik. Belum cuba belum tau. Mana tau lepas ni jadi favourite, boleh beli byk2 buat travel ke kan. Instagram Sweet Treats   



Kek Pisang  + Peanut Butter – Utk kek ni pulak, kalau korang rajin boleh je buat sendiri kat rumah sebenarnya. Beli kek pisang, beli peanut butter. Lepastu tepek-tepek kan dia. Dah boleh makan. Tapi kalau malas, boleh beli dekat "Frost & Flourish Sweet and Treats di Kuala Lumpur". Nama kek ni 'The King". Bukan the king kong tau. heheh. Nak order macam-macam jenis kek pun boleh. Instagram Frost & Flourish


Kalau korang nak tengok banyak lagi kombinasi makanan rare, korang boleh lah tgk kat >> SINI . Boleh tambah ilham, boleh tambah idea memasak utk en. Suami atau keluarga. Tak gitu. Sampai disini shj celoteh tengah malamku. Terima kasih krn sudi meluangkan masa.

Kerap Gosok Gigi Menyebabkan Gigi Nipis



18 September 2015 – Salam. Entri kali ni berkaitan gigi. Memandangkan aku dah mempunyai gigi kekal jd nya aku sgt menitik beratkan soal kesihatan dn kekuatan gigi. Gigi sgt penting utk mengunyah makanan dan juga memberikan senyuman menawan kpd org sekeliling. Haa gitu. Tapi apa yg nak dikongsikan ialah kekerapan mengosok gigi boleh menyebabkan gigi menjadi nipis kemudian menjadi rapuh. 

Aku sbnrnya antara org-org yg sgt suka menggosok gigi. Setiap kali mandi dan setiap kali cuci muka. Adalah dalam 3-4 kali sehari. Siapa tak suka gigi bersih dan putihkan. Tapi aku rasa something kat gigi aku sekarang ni. Sejak dah tua ni kan. Aku rasa gigi cepat ngilu, gusi kerap berdarah dan gigi terasa makin nipis (ini serius). Gigi nipis bukanlah mslh besar bagi aku selagi aku boleh mengunyah seaweed, cumanya kalaulah aku jatuh tersembam kat mana-mana pastu tersagat gigi, tak ke rongak gigi aku ni. Jadi aku tak naklah korang pun jd mcm aku ni. So, aku nak share tips sikit supaya gigi korang tetap tebal dan sihat, hehehe


1. Gosok gigi 2kali sehari shj. Jangan lebih. Gosok pagi dan sebelum tidur diwaktu malam.
2.Gunakan berus gigi yg lembut. Jgn guna yg tebal sebabnya akan menghakis gigi serta menyebabkan gusi berdarah
3. Jgn menggosok gigi terlalu kuat tetapi gosok gigi anda selama 5minit tanpa menggunakan tenaga berlebihan. Gigi bukan macam kasut sekolah tau. Nak sental kuat-kuat.
4.Gunakan juga ubat kumur utk membunuh bakteria dan juga plak yg bergayut dkt celah-celah gigi
5.Gunakan ubat gigi berflorida bkn ubat gigi perasa oren utk lindung gigi dr kaviti 
6.Jgn menggosok gigi selepas makan krn akan mengurangkan kadar PH. Gosoklah selepas 25minit.

Mungkin bagi sesetengah org benda ni agak remeh. Tapi penting utk kita tahu. Biar sihat dan kuat. Apa pun cara anda, terpulang pada cara masing-masing. Saya sekadar mengingatkan. Sambil menyelam kita minum air. Apa kata kita tgk >> Perlindungan Gigi Selama 12jam Tanpa Henti . Diulang, tanpa henti tau selama 12jam. Sedangkan kereta api pun boleh berhenti. Kiranya dia lg powerlah. Hehe. Okaylah, maaf diatas terlebih terkurang ea didalam penulisan ini. Mohon undur diri dulu ea. Selamat malam. :)

Cara Nak Hilangkan Double Entry



17 September 2015 – Salam. Panik rasanya tadi, bila tiba-tiba entri aku jadi double. Double entri jadi selepas aku padam code utk buat “Readmore” pd blog aku. Aku test sesuai ke tak letak Readmore pd blog aku then aku pun Edit HTML. Lepastu aku padam balik semua kod tu. Tak semena-mena entry jadi double dgn sendirinya. Godek punya godek, aku jumpa penyelesainnya. Bagi sesiapa yg mengalami masalah macam aku, bolehlah cuba tutorial ni ea. Ada 2 cara nak hilangkan double entry atau double post,

Cara Pertama :

First,  Template > edit HTML > Ctrl + F dan cari kod macam kat bawah ni.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>

Bila dah jumpa, delete terus. Click preview, kalau takde error, terus Save!


atau


Cara Kedua :

Template > edit HTML > Ctrl+F dan cari kod macam kat bawah ni.

<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>
<b:widget id='Blog2' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>

Padamkan kod yg dibold kan tu. Preview dulu, kalau takde error. Bolehlah Save!

Keanehan Pulau Socotra



17 September 2015 – Salam. Hai. Pernah tak korang tau tentang sebuah pulau yg dinamakan Socotra? Aku pernah terbaca tentang pulau pelik bin ajaib ni dekat surat khabar dulu. Dan rasa tak percaya ada jugak tempat macam planet lain dekat muka bumi ni. Kalau korang nak tau Pulau Socotra ni merupakan  kepulauan yg terletak di lautan hindi dan berada dkt dgn Yaman. Landskap Pulau Socotra macam dalam sebuah filem tau.

Pulau Socotra sgt terpencil dan tidak membangun. Walaupun kemudahan seperti jalan raya dan kemudahan asas sgt sedikit tapi pulau ini berjaya menarik ramai para pelancong asing utk datang. Kalau korang nak tau, pulau ni memiliki  khazanah botani yg berusia jutaan tahun. Terdapat kira-kira 800 spesies flora dan fauna yg jarang ditemui ditempat lain hidup di kepulauan ni. Pulau aneh yg mempunyai 40,000 penduduk ini telah mendapat anugerah daripada UNESCO sbg tapak warisan dunia krn ciri-ciri geografi yg sgt luar biasa. 


Apa yg menarik lagi, pulau ni tiada langsung spesies amfibia. 90 peratus haiwan yg menghuni pulau tersebut adalah dari spesis reptilia seperti cicak dan sesumpah. Apa yg paling menarik minat aku pasal pulau ni ialah pokok macam payung kat gambar atas sekali tu, pokok tu dinamakan ‘’Dragon Blood Trees’’. Bila diterjemahkan jadi pokok darah naga. Huduh pulak bunyinya. Hehe. Okaylah, sedikit shj info utk dikongsi hari ni. Terima kasih krn sudi membaca. 

The Baker's Cottage Mooncake Giveaway By Ayuni Rafilah

TELAH TAMAT

15 September 2015 - Salam. Hai. Memandangkan aku baru lepas bt GA, skrg aku pulak nk join GA.. heheh. GA yg aku terjebak hari ni ialah The Baker's Cottage Mooncake Giveaway By Ayuni Rafilah. Ayuni Rafilah menawarkan hadiah kek bulan utk 3 org pemenang. Aku sebenarnya, tak pernah makan kek bulan ni. Teringin jugak nak rasa. 
Hari tu kat Setia City Mall pun ada kiosk jual kek bulan ni. Tapi tak berani nk beli sbb chinese jual. Takut tak halal. Mana la tau dia isi bukan-bukan dalam kek bulan tu kn. Tapi baru tau kek bulan pun ada yg halal dan disahkan JAKIM. So, kalau siapa-siapa yg nak berpeluang menang kek bulan ni. Moh kita memeriahkan GA ni. Klik banner diatas utk join ea. 
Nota buat penganjur,
Done utk semua syarat (dh lama follow blog ayuni) cuma dyan takde insta & sound cloud. Maaf ea.

Treatment Rambut Dirumah Guna Shampoo Salon



14 September 2015 – Salam. Haa panjang tak tajuk entri aku tu ha. Mesti lah pjng sbb aku rs excited, almaklumlah dah jumpa penyelesaian utk rambut aku yg keras macam dawai ni. Cerita dia mcm ni, sblm rambut aku jd mcm hantu kak limah, aku pernah lah taram serbuk inai kat kepala. Konon-konon nak rambut perang. Macam ala-ala matsalleh gitu. Tapi kesudahnya, rambut takat tu jugak. Hitam. Mungkin rambut aku tak effect bila letak inai. Cumanya, yg effect jadi keras. Mungkin ada bahan campuran yg dia letak dalam inai yg jual kat kedai2 tu.

 Aku stress la sorng diri kat katil sambil tangan mengoogle tgk rambut org yg lembut di tiup bayu. Jeles nya. Lepas tu aku pun berazam lah gi Watsons cari set shampoo utk lembutkan rambut aku balik. Biasalah farmasi mcm tu cuma ada brand-brand yg selalu kita tgk kn. Aku cuba Pantene, tak okay. Aku cuba Loreal Paris, aku cuba Dove, aku cuba Sunsilk. Semuanya tak menjadi. Rambut jadi kesat semacam je.

Lepas tu aku bertekad nak pegi buat treatment rambut kat salon. Aku tanya la harga utk sekali treatment rambut. RM80, mak aii. Kopak mcm ni kalau salu gi salon buat treatment. Dah lah aku tak biasa gi salon kn. Aku pn bt la muka kecewa. Heheh. Sis tu pun memahami isi hati aku then dia suggest guna set treatment rambut “QS 3D Gold Series”. Beli je set treatment kat situ, then buat treatment sendiri kat rumah. 1 set ada shampoo, conditioner, mask dgn serum cuma RM98. Kalau beli satu-satu mahal, so beli sekali 4, dpt lah dgn harga Rm98.



Cara Penggunaan :

1. QS 3D Gold Series Scalp Shampoo – 
Syampu rambut macam biasa lepas tu bilas

2. QS 3D Gold Series SPA Cream – 
Sapu mask dekat rambut sampai sekata, perap rambut dalam shower cap selama 15-30 minit. Ambil syampu sikit utk basuh mask tu dan bilas.

3. QS 3D Gold Series Masque – 
Sapu masque (conditioner), biarkan 3 minit kemudian bilas

4. JS Exclusive Professional Essential Oil – 
Sapu serum ni selepas mandi masa rambut tgh lembap


Kat atas tu full step guideline nak guna. **Mask rambut guna 1 minggu sekali shj ok. Shampoo, conditioner dan serum guna 3 hari sekali. Tak boleh selalu. Utk mengekalkan kelembapan dan kesihatan rambut. First try pun korang akan rasa puas hati sbb rambut terasa fresh mcm baru keluar dari salon gitu. Dalam banyak-banyak produk rambut, set treatment ni yg aku paling berpuas hati. Sbb rambut rasa lembut, licin dan tak serabai dah. Benci bila ikat, asyik terlucut sebab licin dan lembut. Haha. Over tak. Tapi mmg betul. Ni review ikhlas dari hati aku sbb aku impress dgn hasilnya.

Jom singgah sini >> Perfect Hair

Kpd sesiapa ada mslh rmbut kering, keras, kusut, dan sbgainya. Better cuba produk ni. Beli satu set pastu buat treatment kat rumah lg jimat daripada buat kat salon. Tapi, ada jugak org suka gi salon. Terpulanglah pd citarasa masing-masing. Okaylah, sampai disini shj entri aku utk hari ni. Terima kasih sbb sudi meluangkan masa membaca. :)

Pemenang Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi



14 September 2015 – Salam semua. Seperti yg dijanjikan, dyan akan umumkan senarai pemenang Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi yg berlansung baru-baru ni. Nak umumkan siang td lg sbnrnya tapi line slow banget. Jadi terpaksa la tunggu sampai ke malam. Pemilihan adalah melalui cabutan tangan mengikut nama anda. Adil dan saksama. Takde pilih kasih. Sbb semua org dyan kasih. Hehe. Kepada yg berjaya diucapkan tahniah dan kpd yg tak berjaya tu jgn sedih2 ea. Next time kalau berkesempatan dyan akan bt GA coklat lg. Hehe. Ferrero Rocher ke Famous Amos ke. Haa. Utk korang gitu. Ayat pujuk ni. :)

SENARAI PEMENANG

Chocolate Vochelle Hazelnuts Box x 3 orang

Miss
http://ruangmiss.blogspot.com/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html

Amanda Suria
http://suriaamanda.blogspot.my/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html

Fiza Rahman
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html


Chocolate Vochelle Blackcurrants Bar x 2 orang

Faranina
http://faranina89.blogspot.my/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html

Salmiah awang
http://sallyadan.blogspot.my/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html


P/s – Kpd pemenang sila inbox (Nama Penuh , Alamat Rumah & No. Telefon) kat FACEBOOK dyan. Kalau boleh secepat mungkin bg detail utk tujuan pengeposan hadiah. Dyan tunggu semua pemenang bg detail barulah dyan pos sekali semuanya. Pada hari yg sama. Terima kasih tak terhingga kpd semua yg join GA saya ea. :)

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi


GA INI TELAH TAMAT!


7 September 2015 - Salam.. Hari ni, dyan nak lancarkan satu giveaway utk penggemar tegar coklat.. Niat dihati dah lama nak buat giveaway, tapi tak berkesempatan.. Bila ada rezeki sikit terus gi beli coklat satu plastik besaq.. Hehe.. Giveaway simple-simple je.. Saje nak bagi coklat free kpd sesiapa yg luck.. Dengan lafaz Bismillah dyan lancarkan “Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

Tamat : 13 September 2015 , 11.59pm (1 minggu shj)
Keputusan : 14 September 2015


Syarat-syarat
1. Follow blog dyan
2. Tepek banner (copy je kat atas tu ) & buat entri 
“Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi”
3. Letak url entry kat komen
**komen anda akan diapprove 


Hadiah


Chocolate Vochelle Hazelnuts Box x 3 orang
Chocolate Vochelle Blackcurrants Bar x 2 orang


P/s – Dyan mencari 5 pemenang.. List utk senarai peserta takde tau, yg kat komen tu lah senarai peserta (malaih tahap dewa aku ni)..huhu.. Selamat bergiveaway.. :)