Green Tea

Nama Unik Anak Artis Malaysia



31 Ogos 2015 - Salam. Pening kepala aku menaip nama anak - anak artis tempatan kita ni demi menyudahkan entri. Mana taknya, terlalu unik dan tak terjangkau dek akal. Apa yg aku tgk, artis kita ni seolah-olah berlumba-lumba mengisi nama anak mereka dgn nama dan ejaan lain daripada yg lain. Byk lagi sbnrnya koleksi nama anak artis yg unik tapi aku senaraikan 20 sahaja. 
  
No.
NAMA ARTIS
NAMA ANAK
1.
Ac Mizal & Emylia Rosnaida
Muhammad Reeve Damien & Fea Eryssa
2.
Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Ahmad Fakharuddin Attar & Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa
3.
Anne Ngasri
Muhammad Warits
4.
Azhar Sulaiman
Kasih Leia Ixora , Andika Rees Pahamin & Kasih Iris Leona
5.
Bront Palare
Ibnu Iqbal Socrates , Ibnu Iqbal Dylan & Ibnu Iqbal Rumi
6.
Datuk Jins Shamsuddin
Putera Hang Jebat & Putera Hang Nadim
7.
Eizlan Yusof
Vie Zaara
8.
Fauziah Latiff
Jeffrey Joaqium Indot & Jeremy Jay Indot
9.
Jamal Abdillah
Osama Yamani
10.
Linda Rafar
Rezaril Keiflin & Rezaimen Keiflin
11.
Mawi & Ekin
Cahaya Malaika
12.
Que Haidar
Tengku Cleopatra Haidar
13.
Rita Rudaini
Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna
14.
Rohana Jalil
Rosella Rosell , Shakira Edora & Syakila Nisha
15.
Sari Yanti
Barr Al Aliy
16.
Siti Nordiana & Faizal Yusof
Muhamad Rayyan Nakhaie
17.
Vanida Imran & Rashidi Ishak
Mikhail Imran & Maryam Rashika
18.
Wardina Safiyya
Amna Nafeesa & Azra Sareera
19.
Yatt Hamzah
Suci Hanania Malika
20.
Zainal Abidin
Mikhail & Timur

Tujuan artis kita letak nama macam tu mungkin mereka tak nak nama anak mereka sama dgn nama anak org lain. Adat lah tu. Sama jugak mcm baju, setiap artis mesti ada designer sendiri utk mengelakkan baju mereka sama dgn baju org lain. Apa pun bila korang dh ada anak sendiri nnt isi lah nama yg membawa maksud yg baik dan mudah disebut serta ditulis. Sbb nama ni akan kekal sampai hari kiamat tau. Itu sahaja. Terima kasih krn sud membaca :)

Cara Nak Tau Kedai Guna Ilmu Hitam (Pelaris)

31 Ogos 2015 – Salam. Entri kali ni berunsurkan alam mistik pulak. Mungkin ada sesetengah masyarakat tak percaya kewujudan alam ghaib tapi sebenarnya alam ghaib tu ada tapi kita je tak nampak. Ilmu pelaris adalah ilmu hitam yg digunakan utk menarik pelanggan utk datang ke kedai. Yang aku tau, mana-mana kedai yg guna ilmu pelaris, akan ada satu makhluk duduk diatas kedai tu sambil memanggil manggil orang supaya datang. 

Utk mengetahui kedai yg guna ilmu pelaris ni,

1.Berseri-seri
Selalunya seri kedai akan kekuning kuningan sedikit atau auranya lebih menonjol dari kedai lain. Kedai lain yg dekat dgn di akan nampak kusam dan kadang-kadang kita tak perasan pun ada kedai yg berhampiran.

2. Teringat ingat
Kedai yg pakai pelaris ni kalau kita dah sekali makan atau beli brg kat situ kita akan teringat ingat. Selalunya kedai makan. Walaupun masakan biasa-biasa je tapi menusuk sampai lapisan ke tujuh gitu. Kalau makanan mmg sedap harus lah kita ingatkn. Ni masakan nya pun biasa je, tapi teringatnya tu lain mcm je.

3. Tak dpt kawal perasaan nak pergi lagi
Kita kalau gi dekat kwsn kedai tu mesti akan makan kat situ lagi. Kalau tak mesti ada rs perasaan something kat dlm hati. Tak nak tu gi cuba kedai lain, rasa tak de rasa nak pergi. Mesti nak kedai tu walaupun kedai tu takde yg special pun.

4. Pekerja atau pemilik org melayu, thailand atau indonesia
Selalunya org melayu atau thailand atau indonesia suka menggunakan ilmu pelaris. Sebab nak ramai pelanggan dan juga cepat terkenal. Ea lah , lagi pun kemudahan dekat kedai dieorg pn tak de grand mana nak compete dgn restaurant besar . So guna lah cara mistik mcm tu sbg daya penarik.


Rata-rata warung atau kedai makan akan guna ilmu pelaris sbg jalan singkat utk cepat buat duit. Tapi takdelah semua kedai macam tu. Ada jugak hasil titik peluh sendiri dan meniaga bertahun tahun. Terpulang pada individu utk guna cara yg elok atau cara yg kotor utk dpt kn rezeki tu. Cuma sblm masuk kedai mana-mana elok lah membaca ayat kursi 3 kali dan hembus dekat kedai tu. Kalau rasa lain mcm dan rasa ada angin laju tiba tiba tiup kita, putuskan je niat nak makan kat situ. Cari kedai lain. Itu lebih baik. Sampai disini shj cerita aku. Jumpa lagi nanti. :)

Blog Aku Berwajah Baru (Denim Template)



28 Ogos 2015 – Salam salam sayang. Sayangmu terbang melayang layang. Hehe (hati gembira tak terkata). Ape yg aku nak share hari ni tak lain tak bukan pasal denim template. Setelah 2 hari mengedit dan mengerjakan blog sampai pinar-pinar mata tengok coding akhirnya siap jugak. *lupa nak snipping tool kan rupa blog sblm ni*

Selama aku berblog ni, aku mula jatuh hati ngan denim template. Sebabnya, bila aku edit-edit menjadi sokmo. Blog pun jd ringan. Berbanding dengan template designer yg lain ade je problemnya. Tapi tak tau la mungkin sbb aku ni memang fail dalam bab mengedit blog ni. Bila aku ngedit, tak de la cantik mana. Sbb tak expert. Simple mimple sahaje.

Mula berblog dulu aku suka tengok blog orang cantik-cantik. Pernah la try pakai blogskin. Tapi ea la. Banyak kekurangan dia. Blogskin bg aku tak berapa mesra pengguna. Aku pun teringin nak memiliki blog cantik express. cewahh. Hehe. Masalahnya tak pernah kesampaian impian tu. Selalu tak puas hati dgn blog sendiri. 

Bila terjah-terjah blog orang lain rupanya ramai yg blog ala blogskin tapi sebenarnya pakai denim template dan simple template. So aku pun cuba jaya. Memang confirm kali ni setia dgn denim template. Tak cari lain dah. Hehe. Sampai disini sahaja celoteh aku. Selamat tinggal pujaan. :)

Petua kecantikan Yang Tak Patut Dicuba



20 Ogos 2015 - Assalamualaikum. Hai. Semakin rajin nampak nya aku mengarang entri sejak akhir-akhr ni, Hehe. Gigih, cekal dan syok sendiri perlu ada utk menyudahkan sesebuah entri. Apa yg nak dikongsikan adalah beberapa petua kecantikan yg dah aku cuba / kwn aku cuba dan aku rasa agak kureng okey utk diamalkan. 


1. Masker Pisang Lembutkan Rambut
- Sblm disapu pada rambut, pisang akan dilecek sehingga hancur kemudian disapukan pada rambut berfungsi utk melembutkan rambut. Tapi, sisa-sisa pisang yg telah kering akan melekat pada rambut dan susah untuk dicuci, seperti kelemumur bertepek diatas kepala dan rambut. (Aku ritu amik masa berjam nak buang sisa sisa dia)

2. Ubat Gigi Hilangkan Jerawat
- Petua menyapu ubat gigi pada jerawat berfungsi untuk mengecutkan jerawat. Akan tetapi, menyapu ubat gigi akan menyebabkn kesan jerawat menjadi hitam. Ubat gigi akan meninggalkan kesan hitam yg susah nak hilang (Aku salu perati kawan aku salu buat masa zaman sekolah dulu)

3. Serbuk Kunyit Menaikkan Seri Wajah
- Air yg yg dicampur serbuk kunyit kemudian disapukan pada wajah utk menaikkan seri wajah menyebabkan muka sgt berseri kerana muka akan jadi sekuning kuningnya mcm demam kuning. Campur garam sikit dah boleh goreng mcm goreng ikan. Hehe ( Bagi yg tak tahan serbuk kunyit jerawat akan naik la ea sebabnya serbuk ni panas. Ea la, kategori rempah ratus)

4. Yogurt Melembabkan Kulit Badan
-Plain yogurt yg dibeli dikedai bukan sahaja utk dimakan ataupun sbg bahan buat kek red velvet tapi sbg rahsia lembabkan kulit badan. Bila yogurt mula kering, akan ada bau masam pada kulit kita. Bagi mereka yg tak suka bau masam dan rasa melekit, aku suggestkan cuba petua lain (Aku tak rasa rahsia dah bila org boleh hidu bau masam aku.. tiada lg rahsia lembabkn kulit)

5. Minyak Kelapa  Hitamkan Rambut
- Menyapu rata minyak kelapa pada rambut bertujuan utk menghitamkaan rambut dan membuat rambut bersinar menjadi pilhan sesetengah individu. Menyapu minyak kelapa sblm tidur akan menyebbkan minyak meresap pada bantal serta tilam. Dan bau minyak kelapa yg kuat melekat pada rambut sukar dihilangkan. (kepala terasa dilautan minyak.. hehe)

Psst : Petua kecantikan diatas aku tak berapa sarankan untuk mereka yg berjiwa tisu, tahap kesabaran senipis kulit bawang dan mempunyai tahap kerimasan yg bertingkat-tingkat. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. “ BEAUTY IS PAIN” . Itu sahaja utk pagi ni. Selamat malam.

Peluang Menjadi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


TELAH TUTUP


19 Ogos 2015 – Salam sepetang rabu yang teduh. Hari ni aku nak war-war kan peluang kerjaya sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Mungkin agak sedikit terlambat tapi masih ada lagi beberapa  tempat pemilihan laskar muda yg belum dijalankan. Bagi mereka yg masih mencari kerja, ini adalah peluang terbaik utk mencuba nasib. Mana tau ada rezeki korang kan. Alhamdulillah.

TLDM ni adalah salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly. TLDM memastikan perairan negara sentiasa selamat dan bebas dari lanun serta penceroboh.

Bagi yang berminat dan ingin berkhidmat utk negara bolehlah klik link dibawah utk mengetahui syarat-syarat kelayakan, sijil dan salinan dokumen yg perlu dibawa semasa temuduga serta tarikh penting untuk sesi temuduga.


Ringgit Malaysia Semakin Tak Laku



14 Ogos 2015 – Salam salam petang. Apa khabar korang? Sihat ke? Memandangkan hari ni ade internet so apa lagi, menghupdate status la kitaa. Koi baru lepas buat jeruk mempelam. Setelah penat mengkait mempelam td. Nak resepi, akan dihupdate kemudian.. Hewhew. Apa yg nak distori morikan saat ini adalah berita yg kurang gumbira bagi rakyat malaysia.. Bukan pasal mempelam okeyy. Takde kena mengena. Apa yg kurang gumbira nie? Cuba cik adik dan cik abg google tgk nilai matawang Ringgit Malaysia (myr) skrg ni. Sgt menyedihkan. Semakin jatuh dan jatuh 1usd = 4.08myr (kadar tukaran matawang terkini). Ringgit kta semakin jatuh RM3.41-RM4.08. Semakin hari semakin jatuh. 
**terkini - 14/8/2015 , 7.03ptg**

Dulu kita membayar Rm3.41 utk 1 dollar. Sekarang kena bayar Rm4.08 utk 1 dollar. Ringgit dh depreciate. Ringgit semakin kurang laku di pasaran. Matawang Singapore dollar terus kukuh , hari ni 1usd = 1.40 singapore dollar. Apakah kejatuhan Ringgit Malaysia akan terus berlaku? Khairy Jamaluddin juga akui skandal 1MDB punca Ringgit terus jatuh (political issues). Semakin Ringgit jatuh semakin barang mahal. Kpd para peniaga yg mengimport barang dr negara luar tu, memang sgt2 terasa. Mahal semuanya siap pakej kos shipping pun mahal mak aii. Kejatuhan Ringgit Malaysia sebenarnya menunjukkan ekonomi Malaysia tak stabil dan berada pada tahap membimbangkan, pelabur asing dah tak yakin dan percaya utk melabur kat negara kita.

Kesimpulannya, bila Ringgit stabil (ekonomi kukuh - menarik pelabur asing - Ringgit laku di pasaran – import meningkat ), tapi kelebihan bila Ringgit jatuh (export meningkat - barangan dr Malaysia laku sbb barang jadi murah bagi orang luar). Even ada sikit kelebihan disitu tapi kelebihan pada orang luar pulak , kan lagi bagus kalau kelebihan tu pada rakyat Malaysia tu sendiri. Boleh beli barang dari negara lain dgn harga yg murah. Ye dakk..

Apa pun yg berlaku hari ni. Doakan lah utk Malaysia tanah tumpah darah kita ni. Selamat menyambut bulan kemerdekaan. Jumpa lagi dilain waktu ea. Tata