12 Feb 2015 - Salam readers.. Siapa yg besday hari ni? Ataupun besday dia nak dekat dah? Pernah tak korang baca personaliti mengikut bulan kelahiran? Mestilah pernahkan.. Bukan apa , nak tau jugak sifat-sifat yg tersorok dlm diri kita.. Tapi tak 100% betul, depend pada individu. Selalu kalau bab-bab personaliti mengikut bulan kelahiran ni, sure lah femes hasil kajian by Datuk Fadzilah Kamsah kan.. Tapi kali ni meh baca versi bulan islam punya.. Sebelum tu convert dulu tarikh lahir kita kpd bulan islam >>> SINI
HIJRAH
Sekiranya anda
mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional
bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi
menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat
fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik
kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia
tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di
kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya
tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya
termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat.
Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat
keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan
menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan
orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah
atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana
jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia
degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap
merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya
semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah
mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa
hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka
merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras.
Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana
perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam
kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala
menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia
terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu
berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis
pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali
menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
2 comments:
Perkongsian menarik.. datang follow sini yee :)http://enyyusnizar.blogspot.com/
nice info...terbaikkk..!
Post a Comment