Green Tea

LIEBSTER AWARD


22 Feb 2015 - Salam semua, malam ni dyan join libster award yg di tag oleh [ cik zue ] kita ni.. 
So dyan akan menjawab soalan-soalan cik zue kita ni.. Nak tau apa dyan jwb?? Meh kita baca.. hehe



1.Cerita bual bicara yang mana korang paling suka? Meletop or H Live?

- Dyan takde astro, tapi kalau balik umah nenek tu, dyan prefer H Live.. Sbb lagi sempoi dr Meletop.. Pening tgk meletop, dua-dua nak bercakap..

2. Pendapat korang kalau Zue kata Zue tersuka dekat one of my BFF?

-Better tak yah lah zue, tapi kalau dah jodoh nak buat mcm mana.. BFF boleh jd BF, tapi BF jarang boleh jadi BFF balik tau.. Mesti rs kekok sbb memasing dah ade feel cintan cintun..

3. Apa yang korang lakukan bila korang rasa tak diendahkan oleh anybody yang orang cuba untuk rapat?

- Kalau dyan, buat tak tau je.. Malas nak amik port, better kita rapat or hargai org yg lebih nak hargai kita dr org abaikan kita kan.. Stress pun tiada, bahagia lagi.. hehe

4. Apa comment korang dengan cara penulisan Zue?

- Cara penulisan zue sempoi dan sgt bersahaja.. Bila baca tu boleh bygkan apa yg zue tgh cerita tau.. hehe

5. Cara terbaik untuk tidak melukakan hati parents bila kita tak dapat tunaikan harapan diorang?

- Cuba lagi benda yg lain, parent kdg-kdg boleh nmpk effort kita mencuba.. Zue boleh masakkan sesuatu utk dieorg ataupun bagi something.. Tak semestinya hadiah bg masa birthday, hari bapa or ibu.. Parent suka hadiah dr anak-anak walaupun murah.. Harga tak penting, nilai yg penting.

6. Kata semangat untuk Zue yang akan dapat result SPM tak lama lagi?

-Kalau dpt result baik, tu adalah rezeki Allah dan usaha zue.. Tapi kalau result kurang baik, takpe.. Selagi ada hari esok, selagi tu ada peluang utk zue.. Org yg gagal cuma org yg berhenti mencuba.. Zue kena rajin berusaha.. Insya-Allah zue pasti boleh ..

7. Perlu ke jadi diri sendiri kalau orang lain tak suka diri kita ni?

-Perlu, tapi ada something zue takleh jadi sendiri kalau ada sikap zue yg tak baik.. Contohnya, kalau zue suka tido, bila kat rumah mak mertua zue kena bangun awal..  

8. Lelaki Melayu v/s lelaki Foreigner, mana satu yang korang rasa lagi better?

-Lelaki melayu lagi better sbb dia tau budaya kita.. Kalau foreigner byk dieorg tak tau budaya kita dan cara hdup sgt berbeza.. Mungkin kita tak dpt ikut budaya dieorg dan kalau dieorg kwin dgn kita, mula-mula okay tapi berpotensi utk kembali ke budaya dieorg sbb dah sebati dlm diri dieorg.. 

9. Lagu rancak or lagu balada lagi OHSEM?
- Dua-dua okay bergantung pada mood masa tu.. Kalau tgh sedih nak hepikan diri better dgr lagu rancak, tapi kalau nak layan feeling better dgr lagu balada.

10. Tempat apa yang korang pernah pergi and kenangan dier sampai sekarang korang boleh ingat? Why?

-  Pulau pinang, sbb pernah pegi sekali je .. Ingat lagi masa darjah 6 tudung senget je berbaju kurung ikut mak, abah ngn pak lang jalan-jalan.. Mesti lah benda yg sekali tu kenangan special dan kita ingat kn.. hehe..
...........................................................................................................................


Kesemua soalan cik zue dyan dah jwb, skrg dyan nak bagi soalan pulak kepada sesiapa yg terpilih, 


1) Apa pendapat anda tentang kahwin muda?
2) Betul ke lelaki berusia saham tinggi? 
3) Betul ke lelaki alim kebanyakan kawin lebih dari satu?
4) Produk apa yg anda rasa elok utk kulit muka?
5) Bos perempuan atau lelaki? Agak-agak korang mana lagi cerewet? 
6) Belajar di kampung atau bandar mana lagi better?
7) Kalau bakal mak mertua tak suka kita. Adakah korang teruskan hubungan cinta?
8) Patut ke ilmu diukur melalui result exam?
9) Catering atau rewang ? Mana lagi better utk majlis perkahwinan?
10) Bisnes atau berkerja. Mana lagi better?
                                                                                                                   

8 comments:

Seri Mersing said...

assalamualaikum, done jawab.. thanks tag! Muah :*

http://serisori.blogspot.com/2015/02/got-tagged-by.html

Isra Ismail said...

Assalamualaikum, terkejut sebab terpilih.

maaf, buat entry sambil mata mengantuk..
nak tegur sikit pasal ejaan berkerja .Teingat masa sekolah, cikgu BM cakap bekerja .. ejaan dia special sikit..

http://faceblogisra.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

Aku Penghibur said...

terima kasih tag

Aku Penghibur said...

terima kasih tag

Suria Lekatlekitgurl said...

Thanks tags akak yer dik.. mari akak jawab
1) Apa pendapat anda tentang kahwin muda?
Bagus sangat kalau betul2 faham tanggungjawab dalam perkahwinan
2) Betul ke lelaki berusia saham tinggi?
Tengok pada lelaki tu.. apa yang dia ada untuk buat dia nampak saham tinggi
3) Betul ke lelaki alim kebanyakan kawin lebih dari satu?
Depa alim & faham & tahu cara & syarat berpoligami.. maybe tu antara sebab kenapa mereka mengamalkan poligami
4) Produk apa yg anda rasa elok utk kulit muka?
Bio essence
5) Bos perempuan atau lelaki? Agak-agak korang mana lagi cerewet?
perempuan
6) Belajar di kampung atau bandar mana lagi better?
Ikut pada kemampuan..
7) Kalau bakal mak mertua tak suka kita. Adakah korang teruskan hubungan cinta?
Restu mak bapak tu sangat penting.. Jodoh tu ketentuan Allah maka pilih la yang terbaik
8) Patut ke ilmu diukur melalui result exam?
kalau masa exam meniru so result bukan penentu tahap kepandaian seseorang
9) Catering atau rewang ? Mana lagi better utk majlis perkahwinan?
Sekarang ni orang dah malas nak gotong royong.. buat je la catering.
10) Bisnes atau berkerja. Mana lagi better?
Yang mana kita boleh buat.. sebab skill manusia berbeza.

ZueZulaikha said...

thanks sudi jawab. Zue suka sangat jawapan nombor 2 tu.. hehe

Ayuni Rafilah said...

Terima kasih kerana tag Ayuni... jom singgah blog Ayuni untuk lihat jawapan :)
http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/03/liebster-blog-award-2.html

anajingga said...

rajin menjawab, kak ana pun ada yg tak tag tak sempat lagi nak posting ,singgah malam ke sini dyan :)