Green Tea

Kuih Butir Nangka.. Jom cuba!



7 Feb 2015 - Salam readers, hari ni saya nak share satu kuih tradisional yg mudah.. aku dah cuba.. Gambar kat atas hasil air tgn sendiri.. Abaikan bentuk dia okay.. Butir nangka sbnrnya, rupa dia lonjong.. Tapi entah macam mana, terover dah jadi rupa puteri mandi.. Walaupun bentuk lain, tapi rs still sama.. hehe.. Lagi pun nak makan sendiri, kalau jual, takmau mcm tu okay.. Ape pun makan kuih butir nangka ni memang nikmat.. Lagi-lagi kalau dlm suasana kampung di petang hari yg permai.. Sapa yg dah tau, boleh buat lagi.. hehe.. Kpd sapa yg blm tau, jom tgk resepi kat bwh ni..

Bahan A 
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil pewarna hijau (perisa pandan)
sedikit air kapur
sedikit garam
air secukupnya

Bahan B (Kuah)
santan pekat
gula
sedikit garam
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu kecil halba

Cara Penyediaan
Masukkan bahan A ke dalam satu bekas dan uli tepung sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Bentukkan doh seperti bentuk gula-gula kemudian  masukkan doh tersebut ke dalam air mendidih. Bila dah timbul, angkat dan letak dlm bekas lain. Buatlah sampai habis doh tu.

Untuk kuah, masukkan semua bahan B kedalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. Sentiasa kacau utk mengelakkan santan dan tepung gandum berketul. Kuantiti gula mengikut citarasa anda, kalau nak manis, isi lebih sikit.. Bila kuah sudah masak, Masukkan butir nangka ke dalam kuah. Sedia utk dihidang.. 

Resepi diatas adalah resepi nenek aku, sbb tu takde sukatan.. Al maklumlah org dolu-dolu kn.. hehe.. Ape pun, selamat mencuba.

8 comments:

nadiah hanum said...

Tengok kuih ni teringat kenangan menetap di terengganu dulu...;) salam kenal ya...cik nad follow sini...

Mutiara Cinta said...

Saya suka jugak kuih ini. Tapi utk kuahnya biasa saya guna gula Melaka atau gula merah...

bearyblossom said...

Haiii :D Salam kenal. Kuih butir nangka ni sy slalu makan bulan puasa. Mmg fevret sgt2 ni. Btw share la resepi kuih butir nangka awak ni dekat web komuniti yg blh mendatangkan income. Nak tahu lbh lanjut pasal jana wang melalui perkongsian resepi ni, blh baca entry terbaru sy : http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2015/02/kongsi-resepi-pun-boleh-dapat-duit.html

Bluehoney Ena said...

Hi.. boleh try ni nnt..
Done follow, feel free to hit me back.. :)

CintaHati Lina said...

Sedapnye...kuih ni makan dalam suasana ptg2 or hujan renyai2..perhhh..sedap woo

Cik Candy said...

Sedapnya .. yumyumyummm...

Roziah Muhammad @ Cie said...

Wah bestnya kalau makan petang2 camnih.

Mad Parihh said...

macam best je