Green Tea

PROTON PERDANA FOR SALE

SOLD  !!!





Price – RM 12500
Location - Bandar Pusat Jengka, Pahang
Make - Proton
Model - Perdana
Condition  - Used
Transmission - Manual
Engine Capacity - 2000 cc
Mileage - 30 000-34 999
Reg. Year - 1996
Mfg. Year - 1996
Features - Abs Brakers, Central Lock, Solar Film, CD Player, DVD Player,  Leather Seats, Sport Rims, Aircond Sejuk

Others
Enjin Baru Tukar
Doortrim  Baru Tukar Alfa
Seat Baru Depan Belakang
Endos dan Tukar Nama Ditanggung
Condition Tip Top
Harga Buka RM 12500 ( Boleh Nego Sampai Jadi)
“Boleh Tengok dan Test Drive Dulu”
Sebab Nak Jual, Nak Beli Kereta Lain, Nak Tukar Citarasa
Untuk Serious Buyer Only. Berminat Call/Whatsapp 0176918154 (Wan)

Kuih Sagu Berkuah Susu


21 Feb 2015 - Hai.. hai.. salam petang dah nak ke maghrib.. Hari ni mood nk buat kuih dtg lg.. hehe.. memandangkan adik aku dh nk balik upm sok.. so sy buat sesuatu utk dia.. sedih rasanya sbb lps ni xtau nak gaduh dgn sape.. aku pulak balik bln 3 ni..Hari ni aku buat kuih sagu kuah susu.. versi remaja lah konon ni.. kalau org tua-tua dieorg makan berkuah santan kan.. Tapi aku kuah susu.. Yum yum.. Nak cuba jugak ke? Meh tgk respi soppa doppa simple kebabom ni..

Bahan A (Kuih Sagu)
1 cawan sagu
2 cawan air
1 sudu pewarna sirap
2 sudu besar gula

Bahan B (Kuah)
1 tin susu cair
5 sudu susu pekat
5 sudu gula
1 sudu besar tepung kastard
2 cawan air

Cara Penyediaan
Utk buat kuih sagu,  Masukkan kesemua bahan A.. Masak sampai air kering atau sagu sedikit jernih.. Masukkan dalam bekas bertutup dan letak dlm peti.

Utk kuah, masak bahan B sampai mendidih.. Tutup api kemudian masukkan dlm peti..

Bila kedua-dua dah sejuk, bolehlah dihidangkan.

p/s : Sapa yg suka manis boleh lebihkan gula masa membuat kuah. Sedap dimakan sejuk-sejuk ditengah hari, terasa segar dan nikmat.. Resepi utk 4 org makan.. Apa pun selamat mencuba ea.. hehe.. Nak sikit? meh datang jengka.. :D

Bila Ada Blogger Lain Copycat Entry Kita Sejibik !


20 Feb 2015 - Dlm godek godek google, tibe-tibe terjumpa satu blog ni.. Mood elok-elok , tiba-tiba jadi bengang.. Even entry dah lama, tapi bila tgk ayat kita kat blog org lain.. Sape yg tak sakit hati kn.. Tak kesah nak share apa-apa dlm blog ni, tapi jgn lah sampai sebijik kot.. Cuma tukar sikit letak nama dia.. Mcm tak respect hak org lain, kalau rasa xtau nak post apa, jgn laa sesuka hati nak sebat je entry org lain.. Menyirap betul rasa.. Please, tak suka blogger mcm ni.. 

Entry aku  >>> SINI
Entry si copycat >>> SINI

Takde niat nak memalukan or menjatuhkan maruah blogger ni,.Cuma nak korang banding dan nilaikan je antara kedua-dua entry ni.. 

ost Jauh dari Hati


16 Feb 2015 - Hai.. slmt mlm.. ni post ke 3 utk hari ni.. Ptg td ade drama Jauh Dari Cinta, tapi tak layan pun citer tu.. Terdengar ost dia, sedap gak.. So sambil dengar youtube sambil menaip.. hehe.. Tengok adik kat atas tu, monyok je muka dengar lagu ni..  Ni liriknya.. Jom nyanyi sama-sama.

Biarlah Waktu (Naice Band)
Ku lihat awan ,
Tak lagi berputar,
Saat kan berhenti,
Semua hidupku,
Di saat kau pergi tinggalkanku…

Ku tatap bintang,
Tak bercahaya,
Saat kau meredup sinar hidupku,
Di saat kau pergi tinggalkan ..

Bisakah kau dengarkan,
Hatiku bicara
Menahan perginya langkahmu

Haruskah aku terima,
Perginya dirimu,
Biarlah waktu membawamu kembali

Dapatkah ku lanjutkan semua
Semua sisa hidupku tanpa dirimu
Tetapi semua percuma
Tak bererti..

Personaliti Mengikut Tarikh Lahir Bulan Islam


guuiy

12 Feb 2015 - Salam readers.. Siapa yg besday hari ni? Ataupun besday dia nak dekat dah? Pernah tak korang baca personaliti mengikut bulan kelahiran? Mestilah pernahkan.. Bukan apa , nak tau jugak sifat-sifat yg tersorok dlm diri kita.. Tapi tak 100% betul, depend pada individu. Selalu kalau bab-bab personaliti mengikut bulan kelahiran ni, sure lah femes hasil kajian by Datuk Fadzilah Kamsah kan.. Tapi kali ni meh baca versi bulan islam punya.. Sebelum tu convert dulu tarikh lahir kita kpd bulan islam >>> SINI

HIJRAH 
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM 
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Aiskrim Pasu yg Comel



10 Feb 2015 - Salam petang, sapa suka makan aiskrim? Tak kesahlah aiskrim pasu or apa sekalipun, yg penting pebret dia?.. Korang suka flavour apa? Aku suka flavour vanilla.. hehe.. Sapa yg nak cuba aiskrim pasu boleh buat sendiri kat umah, tak yah beli, jimat dan puas hati.. Boleh juga mengasah kreativiti, tak ke gitu?.. Bagi yg takde pasu, letak je dalam cawan pape, asalkan comel.. Jom buat utk diri sendiri atau utk org tersayang.. :)

Bahan-Bahan
Pasu bunga kecik @ besar
Bekas transparent (utk isi dlm pasu)
Aiskrim secukupnya (flavour mengikut kegemaran)
Kek span / cupcake (potong sebesar dasar pasu)
1 Bungkus biskut oreo (buang inti dan blend hancur) 
Daun pudina ( atau apa-apa daun yg boleh dimakan)

Cara Penyediaan
i) Letak bekas transparent dalam pasu
ii) Letak kek span / cup cake di dasar pasu
iii) Letak dan penuhkan aiskrim didalam pasu 
iv) Tabur serbuk biskut oreo yg hancur
v) Cucuk daun pudina kat aiskrim
vi) Sedia dihidang

Kisah 5 Perkara Aneh




10 Feb 2015 - Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur.  Suatu ketika dia pernah berkata ayahku  menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki  berbuat :

Pertama  : Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
Kedua     : Engkau sembunyikan
Ketiga     : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima    : Larilah Engkau daripadanya

Pada keesokan harinya Nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “ aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.  Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.  Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula  sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan  perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , “ Wahai Nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,

“Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi  akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.
Ketiga, jika sudah menerima amanah  seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah  untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri  berhajat.
Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa:

Diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T, “ ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”

" Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri . Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan  orang walaupun ia benar".

Doa supaya di Rindui



8 Feb 2015 - Hai readers, pernah tak korang suka kat seseorang sgt-sgt tapi takut nak luah? ataupun cinta tak berbalas/ cinta bertepuk sebelah tgn? ataupun jugak rindu sgt kat sesorg dari kejauhan? Tak tau nak buat mcm mana.. Ingat, jgn nak sesekali pergi bomoh-bomoh , nasi kangkang or segala mcm ilmu hitam utk mendapat cinta kita tu. Syirik hukumnya. Kita boleh mengamalkan ayat-ayat dlm al-Quran, memohon dengan cara yg betul. Dyan nak kongsikan ayat supaya kita dirindui oleh seseorang yg kita suka. 

Surah Ali Imran Ayat 31 
(Qul in kuntum tuhibbunAllah fattabi'uni yuhbibkumulLah wa yaghfir lakum zunubakum waallahu ghafu-run rahiim)

Maksud Katakanlah (wahai Muhammad) "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Surah Thaaha Ayat 39 
(Wa-alqaytu Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna Alaa Ainii)

Maksud : Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

Cara Mengamalkannya
i) Bayangkan wajah seseorg yg kita suka dan Baca ayat 31,surah Ali Imran dan niatkan dlm hati, "Rindulah (nama seseorg) pada aku". Baca diawal pagi sbyk 7x.

ii) Baca ayat 39, surah Thaaha dlm hati bila berhadapan dengan si dia sambil memandang mata si dia.

***Utk amalkan ayat tu, solat mestilah dijaga.. Bacalah sepenuh hati dan yakin kpd Allah. Diingatkan jgn digunakan utk tujuan tak baik atau sekadar suka-suka nak try..Tak baik.. Semoga bermanfaat.. 

Keputusan Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by dyanzakhi

7 Januari 2015 - Salam, Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by dyanzakhi telah pun tamat. Sukacitanya saya nak maklumkan dibawah adalah senarai nama pemenang bagi segmen ini. Pemilihan pemenang bukanlah dari random.org.. Utk pengetahuan semua, mereka adalah antara rates tertinggi yang kerap berblogwalking di blog kwn-kwn yg lain.. Tahniah ea.. Kepada yg tak berjaya jgn sedih sedih, cuba lagi dilain waktu.. Terima kasih krn sudi support segmen ni ^^

Mr. Blind Monster Plushie x 1 orang  
[ pm sini >>> Saljiah ]
http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html

Bookmark LE x 3 orang 
[ pm sini >>> Amanina ]
http://nokuchemong.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html
http://izzeyda.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html
http://budaksembilanpuluhlima.blogspot.com/2015/02/segmen-blogwalking-dan-menang-hadiah-by.html

Perfume Original Reject x 2 orang 
[ pm sini >>> cik Raha ]
 http://www.rafzantomomi.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html (Bently)
 http://melaedah.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html (DKNY)
Topap (RM10) x 1 orang
[ pm sini >>> Fadzi ]
http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html

Topap (RM5) x 1 orang
[ pm sini >>> Isra ]
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-menang-by-dyan.html


p/s : Kpd sponsor terima ksh sbb sudi sponsor hadiah dan juga jadi tulang blkg kpd segmen ni.. Kpd pemenang sila tuntut hadiah kat sponsor ok.. Tempoh tuntutan hadiah seminggu shj (7-14 Feb 2015).. Jika anda gagal menuntut hadiah dlm tempoh yg ditetapkan adalah mengikut budi bicara sponsor la ea ^^.. Bukan apa, risau ada yg claim hadiah masa tahun 2020 ke kn.. tak ke naya dekat sponsor tu.. Apa pun tahniah sekali lg.. Selamat Berblogging ;)