Green Tea

Potret Monalisa Klon



22 April 2013- Hai pagi!! aku sebenarnya masih belum tidur dari semalam..dan mase godek-godek google tadi..terjumpe pasal klon potret monalisa...bukan guna watercolour ke,color magic ke,crayon ke tapi hanya dengan menggunakan kopi,milo dan susu..


zoom sikit gambar nie..baru nampak kopi,milo,susu(kopmisus)...ha..kan dah tershort form kn dh..okey,lokasi membuat si mona ni di Australia..

Fakta menarik si mona :
-Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu
-Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan

**usia potret asal tua sgt dh.. lebih 500 tahun,tapi usia potret dari kopmisus baru-baru je lagi..

Resepi Roti Susu

12 April 2013 - Aku masih lagi dalam mood final exam..tinggal lagi 1 paper..so sementara rilex2 tu aku terajin nak update blog.. ayuh kita tengok resepi versi simple dan mengeyangkan.. sesuai untuk breakfast anda sblm pergi kerja ataupun bekal utk anak anda..selamat mencuba ..

bahan-bahan :
cara penyediaan:
1.potong roti 3 segi (macam sandwich tu)
2.sediakan bekas,pecah kan telur dan kacau hingga sebati
3.tuang susu segar dalam pinggan
4.celupkan roti dalam susu segar
5.kemudian,celupkan dalam telur
6.panaskan kuali(letakkan sikit je minyak)
7.goreng-goreng roti(dah garing baru terbalikkan supaya tak melekat)
8.siap(makan panas-panas best)

**semudah ABC je kan..hehe

Pendaratan di Bulan adalah Penipuan



12 April 2013 - Teori pendaratan bulan oleh kerajaan AS sebenarnya suatu tipu helah. Kenapa aku cakap macam ni, hasil pembacaan aku sebelum banyak membuktikan pendaratan manusia dibulan adalah penipuan. Untuk sampai ke angkasa boleh kita percaya, tapi untuk sampai ke bulan tu sangat mustahil..10 bukti teori penipuan NASA:

1. Kibaran Bendera
Tiada udara di atmosfera bulan, oleh itu tiada angin dan teramat lah  mustahil untuk bendera berkibar di bulan.

2. Kurang kesan kawah
Semasa kapal angkasa mendarat sepatutnya akan meninggalkan kesan kawah letupan kerana di permukaan bulan hanya diselaputi debu lunar halus .Tetapi tiada kesan semasa pendaratan seolah-olah menunjukkan modul hanya diletakkan di situ.

3. Sumber cahaya seperti di set filem
Di bulan hanya ada satu sumber cahaya iaitu Matahari dan  bayang-bayang harus selari dengan satu sama lain.Video dan gambar jelas menunjukkan bahawa bayang-bayang jatuh dalam arah yang berbeza dengan sudut 45 darjah.

4. Sinaran van allen belt
Dalam usaha untuk ke bulan, angkasawan terpaksa melalui Van Allen radiasi.Tahap radiasi yang tinggi boleh membakar kulit dan amat mustahil untuk manusia hidup melepasi radiasi tersebut walaupun kapal angkasa mempunyai lapisan salutan aluminium dalaman dan luaran.

5. Objek yang meragukan
Dari pantulan cermin helmet oksigen angkasawan, kita boleh lihat ada objek tergantung disudut atas. Kebiasanya objek tersebut ditemui di studio filem. Mustahil ada sesuatu yang digantung pada pertengahan udara kerana dibulan kekurangan udara.

6. Graviti dibulan
Angkasawan kelihatan bergerak dan berjalan dalam graviti bumi di bulan.Sekiranya dibulan sama seperti graviti dibumi mustahil angkasawan dapat melompat tinggi. Kabel dan wayar tersembunyi sebenarnya memberi kesan ketinggian tambahan walaupun kelihatan samar-samar.

7. Kekurangan bintang
Tiada awan di bulan, sepatutnya bintang jelas boleh dilihat dgn ketara serta lebih cerah daripada dilihat dari bumi. Bagaimana pun tiada langsung bintang diruang angkasa.

8. Batu "C"
Huruf C pada batu amat mustahil ia  kejadian semulajadi. Huruf C seolah-olah ditulis dan ditanda oleh seseorang. Begitu juga bayang-bayang yang kelihatan agak meragukan.

9. Garisan silang
Selalunya pada kamera akan ada garisan silang untuk memudahkan kita memfokuskan sesuatu. Begitu juga kamera yang digunakan angkasawan. Mereka menggunakan kamera seperti itu supaya dapat me"match'' kan garisan silang untuk menjadikan gambar berada dalam skala supaya tidak menampakkan kawasan sebenar.

10. Latarbelakang sama
Kedua-dua gambar dari misi Apollo 15 yang ditunjukkan di atas jelas mempunyai latar belakang yang sama walaupun kedua-dua gambar telah diambil dalam posisi yang berlainan dengan jarak begitu jauh.

# Adakah pendaratan dibulan benar-benar berlaku?? Entah lah