Green Tea

Muzium Coklat Damansara



19 Mac 2013 - Hai...hari ni aku rajin nak brcerita.. pernah tak korang dengar brand coklat Fidani?? ape tu Fidani?? Fidani nie brand choklat malaysia keluaran bumiputera under dR group holding di kota damansara.. mungkin bg yg tak pernh dgr brand coklat Fidani ni mesti akan rasa teruja dengar nama dia kan.. Fidani ni tak silap aku nama anak perempuan penaung syarikat ni.. coklat Fidani ni sangat exclusive sebab dia cuma jual di airport, legoland, dan genting highland.. nak dapatkan coklat ni, dekat pasaraya takde tau.. nak dapatkan, boleh pergi muzium coklat ni terus, tak pun tempat yg mcm aku bagitau kat atas tu.


pemergian aku ke muzium coklat tu bukan untuk suka-suka je..kami ada buat  assignment pasal "international trade"..kiranya utk tau maklumat lebih detail pasal export dan import produk... tapi untung tak kami sbb pilih tempat yg ada coklat.. huhu.. si baju hitam kat atas tu en Azwan.. dia yang entertain kami org dari pukul 11.30 pagi sampai 5 ptg..FUH!


ni adalah bahagian kitchen untuk demo macam mana coklat Fidani dibuat..untuk pengetahuan anda sekalian, coklat Fidani adalah handmade, takde pakai mesin.. so bertambah exclusive lah coklat Fidani ni.. lagi satu, untuk pengetahuan korang jugak resepi coklat adalah dari belgium..


asyik chef je yg buat..aku pun nak try decorate wafer coklat... biskut finger lady ni kita akan salut coklat dan decorate guna white coklat.. seriously teruja seronok semua ada..walaupun tak berape comey si wafer coklat tu aku decorate tapi tak pe lah first time terjebak dalam industri coklat kejap.. hehe.. rase macam master coklat pulak bila orang tgk kita buat.. huhu


coklat Fidani ni berharga RM15.. kecik je tau.. tapi sgt sedap maklumlah resepi dari belgium kan. aku ada beli yg mixed almond, nak beli byk duit kureng, dapat merasa ok lah tu kan,, tak rasa rugi pun.. coklat untuk hadiah anniversary ke birthday ke ataupun hantaran pun ada.. siapa - siapa yang berminat nak pergi muzium coklat ni.. search je map kat google ok.. bye

Segmen Jom Pilih Hadiah by nabila biela


TELAH TAMAT



>>>aku nak hadiah ni<<<

1.dress purple

or
2.peplum peach

ok..nie first time aku join segmen sebab tengok hadiah agak mengancam...kepada korang semua yang nak hadiah..jom join 

                                                                    

Kebaikan makan seaweed



12 Mac 2013- Seaweed merupakan makanan wajib bagi org jepun dan korea..Tapi tu dulu,sekarang byk negara dh import seaweed sebagai makanan seperti snek ataupun sushi ... Bagi yg tak pernah cuba..aku rase better korang cuba... Seriously tak menyesal.. Nak rasa nikmat hidup tak? Haa cuba makan seaweed ni ok..  pernah dengar tak korang dengar produk brand Tao Kae noi?? Untuk yg baru nak cuba tu try makan seaweed, aku suggest mkn yg crispy seaweed dan set dekat dlm mind----> seaweed sedap...

Kebaikan makan seaweed adalah:

1.Sumber Nutrien
Kebanyakan seaweed tinggi amino asid dan sumber protein sayur-sayuran yang baik bagi kelompok vegetarian.Seaweed mengandungi vitamin A,vitamin B-12,kalium,zat besi,kalsium,iodin,magnesium.

2.Kawalan Berat Badan
Setiap hidangan seaweed cume 5 hingga 20 kalori dan mengandungi hampir tak de lemak..Dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel badan.

3.Menggantikan Garam
Seaweed nie penambah rasa yg boleh gantikan natrium dalam makanan ringan..Kandungan garam yg ade dalam seaweed mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.

4.Keseimbangan Kandungan Gula 
Seaweed boleh membantu menyeimbangkan kandungan gula dlm darah sebab kandungan serat larut membantu melambatkan kadar makanan dihadam dan diserap dlm aliran darah.

5.Membantu Pencernaan
Serat larut pada seaweed menyerap dlm usus dan membantu penghapusan sisa perkumuhan.

P/s: aku salah seorg penggemar seaweed a.k.a rumpai laut (bhs melayu).. =)