Green Tea

Lelaki vs Perempuan



FAKTA 1
Lelaki akan belanja RM2 untuk 1 barang yang dia betul-betul nak (tak kesah mahal asalkan perlu)

Perempuan akan belanja RM1 untuk untuk 2 barang yang dia tak berapa nak (comel nya brooch nie..beli la nak buat tambah koleksi)

FAKTA 2
Lelaki tak kan pernah risau pasal masa depan sehingga dia berkahwin dan dapat isteri (selagi boleh hidup.. malas pikir)

Perempuan terlalu risau pasal masa depan sehingga dia berkahwin dan dapat suami (sebab tu la dok sibuk cari pemilik tulang rusuk)

FAKTA 3
Lelaki cuma memerlukan perempuan memahami lebih berbanding menyintai (lelaki, kawan, game, sports, lepak.. memang tak boleh dipisahkan..biarkan)

Perempuan cuma memerlukan lelaki menyintai lebih berbanding memahami (perempuan suka sgt perhatian.. just caring pastu tak curang dh cukup

FAKTA 4
Lelaki mengahwini perempuan menjangkakan dia  tak akan berubah dan memang pun(sblm kawen:fanatik bola……lepas kawen:fanatik bola)

Perempuan mengahwini lelaki menjangkakan dia akan berubah tapi tak pun (sblm kawen: fanatik shopping….lepas kawen:nk kurangkan laa shopping tapi…. x jadi la)

FAKTA 5
Lelaki mempunyai masalah yang lebih banyak berbanding yang dia tunjukkan (Nampak cool dan tak suka sharing masalah)

Perempuan mempunyai masalah lebih suka menunjukkan masalah yg dialami sedangkan masalah tu tak seberapa (mungkin dorang rasa ok bila meluahkan dan ada org ambil berat)


FAKTA BUKAN AUTA

Lelaki dilahirkan simple, steady dan bersifat ingin melindungi serta memerlukan seorang perempuan untuk didampingi


Perempuan dilahirkan complicated, berjiwa lembut dan ingin dilindungi serta memerlukan seorang lelaki untuk membimbing



CALCULATION


Simple + Complicated = Balanced relationship (saling melengkapi) - 14 November 2012

Mencanting Batik



5 November 2012 - Sedang aku menggodek album gambar.. tiba-tiba ternampak gambar ni.. gambar ni lama tak lama jugak laa.. gambar candid la sgt aku ni pun.. hehe.. tang mulut jgn tengok, tengah fokus sgt smpai tak perasan juih bibir.. masa ni ader karnival dekat uitm aku..jalan pusing-pusing ternampak laa booth batik ni..so siapa  yg nk lukis kena laa bayar.. aku pilih yg harga Rm10, kain paling kecik..


aku ni tak reti pun nak mencanting batik sbnrnya.. tapi keinginan nak cuba tu yg lebih.. conteng ke canting pun aku tak tau.. maklumlah first time kan.. punye laa takde idea, aku lukis gambar periuk kera (agak pelik disitu).. aku teringin sgt nak belajar canting batik dr org yg btl-betul expert..sbb canting batik ni hasil seni yg sgt bernilai...

aku nk share sikit apa yg aku tau.. bila kita dh siap lukis kat atas kain putih, kita ambil lilin yg dh dimasak (cair) dgn menggunakan kayu canting... lepas tu lakarkan ikut apa yg kita lukis tu.. basahkan kain dgn air menggunakan berus warna.. celup berus dalam DYE BATIK(pewarna) dan warna je laa ikut suka kita.. Dye batik cuma ada warna asas je.. kalau nak buat contohnya warna purple kita kena laa campur sendiri..
(merah + biru = purple)..

**end of the story**